KUALA LUMPUR – Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Keadilan memutuskan Datuk Rafizi Ramli kekal sebagai anggota parti.
Setiausaha Agung Keadilan, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, MPP mengambil keputusan selepas jawapan surat tunjuk sebab dibalas Rafizi yang juga bekas Timbalan Presiden PKR itu.
Bagaimanapun MPP mengingatkan Rafizi agar sentiasa mematuhi perlembagaan, kod tata etika dan disiplin parti sebagai tanda beliau setia sebagai anggota parti.
Dalam pada itu, MPP juga memutuskan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Fahmi Zainol digantung segala jawatan parti sehingga kes mahkamah beliau diputuskan dan ia berkuat kuasa serta merta.
“Berhubung jawatan beliau di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Setiausaha Agung Keadilan akan mengutuskan surat kepada Ketua Menteri dalam masa terdekat,” kata Fuziah.
Berkait dengan keanggotaan, MPP telah dimaklumkan Keadilan telah menerima 14, 225 anggota baharu bagi tempoh Oktober 2025 sehingga Januari 2026.
Antara ahli baharu termasuk Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara, Dr Sani Araby Salim Araby dan Pengurus Strategik MAPIM, Hidayat Abdullah.
MPP juga telah memutuskan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man sebagai ahli ex offido MPP serta Pencetus Ummah (PU) Haris atau Muhd Haris Mohd Ismail sebagai Timbalan Pengerusi Biro Agama Keadilan. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment