NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perkembangan Mutakhir Perang Iran - Amerika Syarikat - Negara Haram “Isr4 Hell”

1. Majlis Keselamatan PBB yang bermesyuarat sebentar tadi telah menerima pakai satu resolusi daripada Bahrain yang mengecam serangan Iran ke atas negara-negara Teluk dan Jordan yang disifatkan sebagai perlanggaran undang-undang antarabangsa dan ancaman kepada keamanan. Majlis Keselamatan PBB juga mengecam serangan oleh Iran ke atas kawasan kediaman dan infrastruktur awam di negara-negara Teluk dan Jordan dengan kerosakan dan kematian akibat daripadanya. Resolusi tersebut telah diterima majoriti anggota Majlis Keselamatan PBB dengan 13 undi manakala China dan Rusia tidak mengundi. Dalam pada itu Majlis Keselamatan PBB dalam resolusinya meminta agar Iran menghentikan serangan ke atas negara-negara Arab namun tidak ada satu pun dalam resolusi tersebut yang menyebut mahupun mengecam tindakan Amerika Syarikat dan negara haram “Isr4 Hell” ke atas Iran.

2. Menurut media negara haram “Isr4 Hell” melaporkan bahawa awal pagi tadi Hizbullah telah melancarkan lebih daripada 100 buah peluru berpandu dalam masa beberapa minit ke atas utara negara haram “Isr4 Hell’.  Kedengaran letupan kuat di beberapa kawasan seperti di Galilee dan Haifa. Media negara haram “Isr4 Hell” menyifatkan ia adalah serangan terbesar oleh Hizbullah ke atas negara haram “Isr4 Hell”  sejak peperangan berlangsung.

3. Ketika ini Hizbullah dan Tentera Iran/IRGC secara bersama sedang melancarkan serangan dron dan peluru berpandu ke atas negara haram “Isr4 Hell” dan telah mula kedengaran beberapa letupan besar di negara haram “Isr4 Hell”.

4. Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dalam satu rapat umum di Hebron, Kentucky malam tadi mengisytiharkan bahawa Amerika Syarikat telah menang dalam peperangan dengan Iran dan Amerika Syarikat akan terus berada dalam peperangan tersebut untuk memastikan objektifnya selesai. Beliau turut menyatakan kepada media Amerika Syarikat Axios bahawa secara praktikalnya sudah tiada apa yang yang hendak disasarkan di Iran. Donald Trump juga menyatakan bahawa perang sedang berjalan dengan hebat dan pada bila-bila masa akan ditamatkan dan menambah bahawa Hizbullah mesti dihapuskan kerana sejak sekian lama ia telah menjadi masalah besar.

5. Speaker Parlimen Iran Mohammad Bagher Qalibaf dalam kenyataannya di laman media sosial X menyatakan bahawa  Iran tidak akan meminta untuk mengadakan gencatan senjata sebaliknya akan meneruskan operasi ketenteraan yang sedang berlangsung. Beliau turut menyatakan bahawa pihak yang memulakan serangan perlu “diajar” secukupnya supaya mereka tidak lagi berani menyerang Iran di masa hadapan. 

6. Presiden Iran Masoud Pezeshkian menyatakan dalam perbualannya dengan pemimpin Rusia dan Pakistan, satu-satunya cara untuk menghentikan peperangan adalah mengesahkan dan menerima hak Iran, membayar gantirugi dan memberikan jaminan antarabangsa terhadap sebarang pencerobohan di masa hadapan.

7. Tentera udara Amerika Syarikat dan negara haram “Isr4 Hell” terus melancarkan serangan udara ke atas Iran dengan menyasarkan Tehran, Bandar Abbas, Qom, Tabriz, Kuhdasht, Bushehr, Saqqez, Lamerd dan beberapa lagi wilayah di Iran yang menyasarkan aset-aset strategik. Tentera udara Amerika Syarikat dilaporkan berulang kali mengebom Hospital Bushehr Shohadaye Khalij-e-Fars di Bushehr, Iran hingga hospital tersebut kini tidak lagi mampu beroperasi akibat kerosakan teruk. Tentera udara Amerika Syarikat dan negara haram “Isr4 Hell” dilaporkan turut menyerang dan mengebom pusat data Sepah Bank yang terletak di Haghani Street di Tehran, mengakibatkan beberapa kakitangan bank tersebut terkorban. 

8. Tentera Iran dan IRGC terus melancarkan serangan udara dan dron ke atas aset strategik dan pengkalan tentera Amerika Syarikat di negara-negara Asia Barat seperti Bahrain, UAE, Qatar, Kuwait, Arab Saudi, Jordan dan Erbil di wilayah Kurdistan termasuk pengkalan tentera udara Victoria di Baghdad, Iraq. Dilaporkan juga serangan dron telah dilancarkan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa di Dubai yang mengakibatkan sebanyak 4 orang dilaporkan cedera. IRGC juga turut dilaporan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu ke atas depoh simpanan minyak di pelabuhan Salalah, Oman.

9. Tentera Iran dan IRGC terus menghujani negara haram “Isr4 Hell” dengan serangan peluru berpandu balistik dan dron dengan menyasarkan Tel Aviv, Gush Dan, Jerusalem, Haifa, Beit Shemesh dan sebahagian besar negara haram “Isr4 Hell”. Tentera Iran juga telah melancarkan serangan dron yang menyasarkan unit perisikan elit tentera penjajah regim Zionis “Isr4 Hell” AMAN dan Unit 8200, sistem radar The Green Pine dan ibu pejabat kor kapal selam tentera penjajah regim Zionis “Isr4 Hell” di Haifa. Serangan peluru berpandu balistik dan dron tentera Iran dan IRGC yang bertali arus selama lebih 5 jam semalam mengakibatkan beberapa letupan cukup kuat di The Greater Tel Aviv dan kawasan sekitarnya yang berkemungkinan besar mengakibatkan kemusnahan besar dan kematian mahupun kecederaan di kalangan pendatang haram yahudi. Namun disebabkan “censorship” yang cukup ketat dikenakan regim penjajah Zionis “Isr4 Hell”, masih tidak dapat dipastikan bagaimana keadaannya.

10. Tentera udara negara haram “Isr4 Hell” terus melancarkan serangan udara ke atas Lubnan dengan menyasarkan Beirut, Jouaya, Hanawiya, Baalbek, Beit Yahoun, Lembah Beqaa, Majdel Zoun, Nabatieh, Toul, Deir Antar, Kfar Juz dan sebahagian besar bandar di selatan Lubnan.  Serangan bertali arus ke atas kawasan Aisha Bakkar di barat Beirut dilaporkan mengakibatkan kerosakan teruk ke atas beberapa buah bangunan dan letupan kuat kedengaran di seluruh Beirut. Tentera regim penjajah Zionis “Isr4 Hell” dilaporkan turut melancarkan serangan dan mengebom Hospital Jabal Amel di Tyre, selatan Lubnan hingga mengakibatkan hospital tersebut terbakar dan mengalami kemusnahan besar.

11. Hezbullah terus melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke atas negara haram “Isr4 Hell” dengan menyasarkan serangan ke atas Tel Aviv, Haifa, Kiryat Shmona, Beit Shamesh, Galilee, Zarit, Nahariya dan sebahagian besar wilayah utara negara haram “Isr4 Hell”. Ketika ini dilaporkan berlangsungnya pertempuran sengit antara anggota Hizbullah dan tentera penjajah regim Zionis “Isr4 Hell” di sepanjang sempadan Lubnan-negara haram “Isr4 Hell”.

12. IRGC mengumumkan bahawa kesemua kepentingan ekonomi Amerika Syarikat dan negara haram “Isr4 Hell” di Asia Barat kini menjadi sasaran operasi ketenteraan Iran berikutan Sepah Bank di Tehran,  Iran telah diserang dan dibom oleh tentera udara Amerika Syarikat dan negara haram “Isr4 Hell”. IRGC juga telah mengeluarkan senarai pejabat dan infrastruktur syarikat berteknologi tinggi yang dipunyai oleh syarikat teknologi Amerika Syarikat yang mempunyai hubungan dengan regim penjajah Zionis “Isr4 Hell” di mana applikasi dan teknologinya digunakan oleh tentera regim penjajah Zionis “Isr4 Hell” seperti Palantir, IBM, Nvidia, Google, Microsoft dan Oracle yang mempunyai infrastruktur pusat data di negara haram “Isr4 Hell”. IRGC turut memberi amaran jika pelabuhan di Iran dan fasilitinya diancam, semua pelabuhan dan fasilitinya di Asia Barat akan menjadi “sasaran yang sah” bagi IRGC dan tentera Iran.

13. Bekas Perdana Menteri negara haram “Isr4 Hell” Naftali Bennett memberi amaran tentang formasi baharu, apa yang beliau gambarkan sebagai “gabungan radikal ekstrimis sunni”  dengan menuduh Presiden Turkiye Recep Tayyip Edrogan berpotensi membentuk gabungan tersebut dengan H4M4S dan Qatar.

14. Media Amerika Syarikat CBS melaporkan bahawa perisikan Amerika Syarikat mengesan pergerakan bahawa Iran akan menempatkan periuk api di Selat Hormuz. Financial Times melaporkan bahawa negara haram “Isr4 Hell” menolak usaha diplomatik Lubnan untuk menghentikan serangan tentera penjajah regim Ziomis “Isr4 Hell’ ke atas kumpulan Hizbullah. Washington Post melaporkan bahawa satu serangan dron telah dilancarkan ke atas kemudahan utama misi diplomatik Amerika Syarikat di Baghdad yang menempatkan kawasan perumahan diplomatnya.

15. Beberapa buah bank antarabangsa yang beroperasi di Asia Barat bergegas menutup operasi mereka termasuklah Citibank di Dubai dan HSBC di Qatar berikutan ancaman Iran yang ia akan menyasarkan institusi perbankan selepas tentera udara Amerika Syarikat dan negara haram “Isr4 Hell” menyerang dan mengebom Sepah Bank di Tehran yang telah mengakibatkan beberapa orang kakitangan bank tersebut terkorban.

16. Reuters melaporkan tentera laut Amerika Syarikat memaklumkan kepada industri perkapalan buat masa ini tidak ada kemungkinan tentera laut Amerika Syarikat akan mengiringi kapal-kapal yang akan melalui Selat Hormuz. CNN melaporkan berdasarkan analisa perisikan Amerika Syarikat bahawa Rusia membantu Iran dengan taktik peperangan dron terkini daripada pengalamannya dalam peperangan dengan Ukraine untuk menyasarkan sasaran kepentingan Amerika Syarikat dan negara-negara Asia Barat. CNN juga turut melaporkan bahawa negara haram “Isr4 Hell” sedang bersiap sedia untuk memperhebatkan serangan ke atas Iran dan Hizbullah pada malam ini.

17. Penganalisa politik Mesir Makmun Fendi menyatakan bahawa perang di Gaza telah menghentikan projek Ibrahimiyyah ( Abraham Accord ) dan normalisasi dan perang yang sedang berlangsung ketika ini akan menghentikan projek “Timur Tengah Baharu”.

18. Jurucakap Kementerian Luar Qatar menyatakan bahawa serangan Iran menunjukkan perlunya  Qatar mengukuhkan dengan lebih erat kerjasama dengan Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.

19. Sepanyol telah memanggil pulang duta dan kakitangan kedutaan dari negara haram “Isr4 Hell”berikutan ketegangan diplomatik yang semakin memuncak antara Sepanyol dan Amerika Syarikat berikutan kecaman Sepanyol atas serangan Amerika Syarikat dan negara haram “Isr4 Hell” ke atas Iran.

20. Timbalan Perdana Menteri Lubnan berkata Amerika Syarikat sedang memberikan tekanan kepada Lubnan untuk mempercepatkan perlaksanaan perlucutan senjata kumpulan Hizbullah.

21. Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) telah bersetuju untuk mengeluarkan sebanyak 400 juta tong minyak mentah daripada simpanan kecemasan, pengeluaran simpanan kecemasan yang terbesar dalam sejarah IEA untuk mengimbangi gangguan bekalan berikutan perang yang sedang berlangsung di Asia Barat.

“Kembali Kepada Penyelesaian Islam”

Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa PAS Pusat.
ADUN Batu Buruk.
22 Ramadan 1447H / 12 Mac 2026.

** gambar adalah akibat dari serangan bertali-arus Tentera Iran/IRGC ke atas negara haram “Isr4 Hell” pada awal pagi semalam.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo