Turut dilaporkan maut dalam serangan sama ialah Ali Shamkhani, Setiausaha Majlis Tertinggi Pertahanan Iran dan Mohammad Pakpour, Ketua Turus Angkatan Tentera Iran.
Media rasmi Iran kemudiannya melaporkan bahawa bekas Presiden, Mahmoud Ahmadinejad, turut terbunuh dalam satu lagi serangan udara berasingan di kediamannya.
Berkabung 40 Hari
Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, mengumumkan tempoh berkabung nasional selama 40 hari dan menyifatkan insiden tersebut sebagai satu tindakan yang memberi implikasi besar terhadap kestabilan serantau.
Dalam perkembangan berkaitan, Alireza Arafi dilantik sebagai pemangku Pemimpin Tertinggi Iran bagi mengendalikan urusan pentadbiran negara bersama kepimpinan tertinggi kerajaan.
Reaksi Antarabangsa
China dan Rusia mengecam keras serangan tersebut serta menggesa agar tindakan ketenteraan terhadap Iran dihentikan segera.
Setiausaha Majlis Keselamatan Nasional Iran, Ali Larijani, memberi amaran bahawa Iran akan melancarkan tindak balas terhadap kepentingan Amerika Syarikat dan Israel, termasuk pangkalan tentera AS di Asia Barat.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pula memberi amaran supaya Iran tidak bertindak balas dan menyatakan bahawa sebarang serangan balas akan dibalas dengan kekuatan ketenteraan yang lebih besar.
Operasi Ketenteraan Berterusan
Tentera Iran dan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) mendakwa telah melancarkan serangan peluru berpandu ke arah kapal induk AS, USS Abraham Lincoln, di perairan Teluk.
Serangan turut dilaporkan mengenai pangkalan tentera Amerika Syarikat di beberapa negara Asia Barat termasuk Bahrain, Qatar, Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu.
Beberapa bandar utama di Israel seperti Tel Aviv dan Haifa dilaporkan menjadi sasaran serangan dron dan peluru berpandu.
Pentagon mengesahkan tiga anggota tentera Amerika Syarikat terbunuh dan lima lagi cedera parah dalam operasi ketenteraan tersebut.Konflik turut memberi kesan kepada perdagangan global apabila lebih 150 kapal tangki minyak dan LNG dilaporkan terkandas di perairan Teluk susulan sekatan oleh Tentera Laut Iran di Selat Hormuz.
Sumber: Kenyataan rasmi Kerajaan Republik Islam Iran dan kenyataan media yang dikeluarkan oleh YB Muhammad Khalil Abdul Hadi, Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa PAS Pusat merangkap ADUN Batu Buruk, bertarikh 11 Ramadan 1447H bersamaan 1 Mac 2026.

No comments
Post a Comment