KUALA LUMPUR – Presiden Pejuang, Datuk Seri Muhriz Mahathir mengadakan pertemuan dengan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pagi tadi.
Menurut hantaran di Facebook Pejuang, pertemuan sekitar dua jam itu berlangsung di Bukit Damansara, di sini bagi membincangkan pelbagai perkara terutamanya membabitkan penyatuan dan kerjasama.
Katanya, kedua-dua pemimpin tersebut serta rakan-rakan parti masing-masing turut bertukar pandangan tentang situasi politik semasa serta isu-isu yang mendampingi rakyat kebanyakan.
“PEJUANG dan BERSATU di akhir perjumpaan melahirkan ketetapan dan komitmen untuk sama-sama mempertahan perjuangan demi bangsa, demi agama dan demi negara,” kata hantaran tersebut.
Turut dimuat naik adalah beberapa keping gambar sekitar pertemuan tersebut yang juga dihadiri Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. -MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment