NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan tidak anjur rumah terbuka Aidilfitri, hadkan lawatan luar negara menteri – Anwar



  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan yang dipersetujui Jemaah Menteri itu bertujuan memberi mesej jelas bahawa kerajaan komited mengambil pendekatan lebih sederhana dan berhemat dalam perbelanjaan.
  • “Saya kata ini langkah waras bagi kita supaya jangan nanti terjebak dengan keadaan lebih parah. Jadi sebaiknya ambil sikap sederhana, lebih bertanggungjawab,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan, pada sidang media khas perkembangan mutakhir konflik di Asia Barat hari ini.

KUALA LUMPUR  — Semua kementerian, agensi serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak akan menganjurkan majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri tahun ini, sebagai langkah berjimat cermat susulan ketidaktentuan ekonomi global akibat konflik di Asia Barat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan yang dipersetujui Jemach Menteri itu bertujuan memberi mesej jelas bahawa kerajaan komited mengambil pendekatan lebih sederhana dan berhemat dalam perbelanjaan.

“Sebagai petanda supaya pimpinan memulakan langkah yang lebih positif, saya telah memutuskan bersama dengan Jemaah Menteri tadi supaya semua agensi kerajaan dan GLIC (syarikat pelaburan berkaitan kerajaan) tidak akan menganjurkan perayaan rumah terbuka.

“Ada yang bertanya kalau keadaan terkawal, harga dan barang keperluan seperti minyak dan gas mash boleh disediakan dan mencukupi, apa keperluan kita (untuk) waspada dan berjimat?

“Saya kata ini langkah waras bagi kita supaya jangan nanti terjebak dengan keadaan lebih parah. Jadi sebaiknya ambil sikap sederhana, lebih bertanggungjawab,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan, pada sidang media khas perkembangan mutakhir konflik di Asia Barat hari ini.

Selain pembatalan majlis rumah terbuka, Anwar berkata menteri dan anggota pentadbiran turut dihadkan daripada melakukan lawatan ke luar negara, kecuali bagi urusan yang telah dijadualkan atau wajib dihadiri.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan di Asia Barat dan merancang langkah untuk memastikan kelangsungan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat,” katanya.– BERNAMA




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo