NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bentuk persepsi untuk menang PRU demokratik, bukan ancaman – Tony Pua



KUALA LUMPUR – Usaha membentuk persepsi awam bagi memenangi pilihan raya umum (PRU) tidak boleh dianggap sebagai ancaman terhadap sistem negara, sebaliknya merupakan sebahagian daripada amalan demokrasi, tegas bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua.

Menurut beliau, percaturan politik untuk mendapatkan sokongan rakyat melalui peti undi adalah mekanisme sah dalam sistem berparlimen dan tidak wajar disamakan dengan tindakan menggugat kestabilan negara.

“Merancang untuk ‘menumbangkan’ sebuah kerajaan dengan mempengaruhi pandangan awam bagi memenangi pilihan raya pada hakikatnya adalah satu proses demokratik. Tidak ada apa-apa yang ‘memudaratkan demokrasi berparlimen’ dalam proses tersebut,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

Kenyataan itu hadir susulan pengesahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 27 Februari lalu bahawa siasatan sedang dijalankan berhubung dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan serta melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail dilaporkan berkata, laporan polis diterima membabitkan dakwaan kerjasama antara seorang individu berpengaruh tempatan dengan agensi media antarabangsa.

Dalam pada itu, Tony menegaskan bahawa media asing tidak mempunyai kuasa untuk memaksa rakyat Malaysia menentukan pilihan politik atau menukar kerajaan secara paksaan.

“Media asing tidak mempunyai kuasa untuk memaksa pengundi kita, dan mereka juga tidak boleh menukar kerajaan kita secara paksa.

“Berdasarkan apa yang saya baca, Naimah mahu membersihkan nama suaminya, manakala kami pula mahu dunia mengetahui bahawa Anwar Ibrahim telah dianiaya secara tidak adil dan wajar dibebaskan dari penjara,” katanya lagi.

Beliau turut menegaskan bahawa undang-undang sedia ada mencukupi untuk menangani penyebaran maklumat palsu sekiranya benar berlaku pelanggaran.

“Jika maklumat dan naratif yang diterbitkan serta disebarkan adalah palsu secara terang-terangan, maka terdapat undang-undang berkaitan untuk menangani jenayah sedemikian.

“Jika terdapat separuh kebenaran, maka kerajaan mempunyai semua platform yang relevan untuk menjelaskan separuh lagi, sebagaimana dalam mana-mana proses politik,” ujarnya.

Sebelum ini, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, isteri kepada Allahyarham Tun Daim Zainuddin, menafikan dakwaan bahawa beliau menjadi dalang di sebalik laporan penyiasatan Bloomberg berhubung pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, sambil menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak masuk akal. — MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo