KUALA LUMPUR – “Apakah Perikatan Nasional (PN) telah menjadi Pas Nasional? Atau adakah PN sudah hanya sekadar nama sahaja,” soal Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berhubung perkembangan terbaharu politik negara.
Katanya, sejarah membuktikan apabila sesebuah gabungan politik semakin dikuasai oleh satu parti tunggal dan hala tuju serta kuasa keputusan tertumpu kepada satu parti sahaja manaka parti komponen lain hanya sekadar pelengkap, gabungan tersebut sudah kehilangan maknanya.
Justeru, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP itu meminta rakyat Malaysia bertanya soalan yang mudah tetapi penting iaitu apakah PN masih sebuah gabungan politik berbilang parti atau berubah menjadi gabungan di bawah Pas semata-mata.
“Jika sebuah gabungan hanya tinggal suara satu parti sahaja, jika jawatan-jawatan penting dan hala tuju politik dikawal sepenuhnya oleh satu parti, maka secara hakikat politik, gabungan itu sudah tidak wujud lagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap pengumuman terbaharu PN yang menyaksikan jawatan-jawatan utama kini hampir sepenuhnya dikuasai oleh Pas yang mana Pengerusi PN adalah Datuk Seri Ahmad Samsuri yang merupakan Naib Presiden Pas.
Manakala Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilantik Setiausaha Agung PN; Tan Sri Annuar Musa pula dilantik Ketua Penerangan PN dan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pula sebagai Bendahari.
Malah jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen juga bakal dipegang oleh Ahli Parlimen Pas.
Menurut Poay Tiong, Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum, agama dan budaya. Maka mana-mana gabungan politik yang ingin menjadi pilihan pemerintahan negara mesti mencerminkan kepelbagaian dan bukannya dikawal oleh satu ideologi tunggal. - Malaysiagazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment