NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Afnan Hamimi bidas PM: ‘Melalak’ pertahan al-Quran lebih mulia daripada kejar kuasa



KUALA LUMPUR — Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Afnan Hamimi Taib Azamudden, membidas keras kenyataan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, sambil menyifatkan kritikan terhadap isu mempertahankan al-Quran sebagai cubaan mengalih perhatian daripada pokok persoalan sebenar.

Menurut beliau, tindakan mempertahankan kesucian agama tidak wajar dipandang sinis atau diperkecilkan oleh mana-mana pihak, apatah lagi oleh pemimpin nombor satu negara. Tegasnya, suara anak muda yang bangkit atas dasar prinsip tidak boleh disamakan dengan retorik politik murahan.

“Melalak pertahan al-Quran lebih mulia daripada melalak berbohong berguling atas jalan raya kerana nak jadi PM!” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Afnan turut mempersoalkan nada kenyataan Perdana Menteri yang didakwa cuba meremehkan kebimbangan rakyat terhadap isu berkenaan.

Beliau menegaskan bahawa kebebasan bersuara dan hak untuk menegur adalah sebahagian daripada amalan demokrasi yang tidak boleh disekat dengan sindiran atau label tertentu.

Anwar semalam mengeluarkan kenyataan kononnya tiada tindakan diambil tidak boleh dijadikan hujah untuk menutup perbahasan awam.

“Melalak ‘tiada tindakan’ tidak menjadikannya benar. Negara ini ditadbir oleh undang-undang, bukan emosi dan spekulasi di ruangan komen,” ujarnya di media sosial.

Kenyataan itu sekali gus memperlihatkan ketegangan berterusan antara blok kerajaan dan pembangkang dalam isu yang menyentuh sensitiviti agama dan kepercayaan rakyat.

Anwar turut menjelaskan pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh mengikut lunas undang-undang yang berkuat kuasa.

Jelasnya lagi, dalam sebuah negara yang menjunjung kedaulatan undang-undang, tindakan diambil berdasarkan proses perundangan, bukan tekanan emosi atau persepsi menerusi media sosial.

Sehubungan itu, Anwar menggesa semua pihak agar menyerahkan sepenuhnya perkara berkenaan kepada pihak berkuasa serta tidak membuat spekulasi atau kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian awam.

Sebelum ini, media melaporkan seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) direman bagi membantu siasatan berhubung kes menghina agama Islam dengan memijak al-Quran. – MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo