NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tujuh ketua bahagian Bersatu N. Sembilan mahu Hamzah dipecat?



KUALA LUMPUR – Seramai tujuh Ketua Bahagian Bersatu Negeri Sembilan menyerahkan memorandum kepada Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) mendesak supaya Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin dipecat.

Menerusi memorandum yang dilihat MalaysiaGazette, mereka menyatakan telah kehilangan kepercayaan sepenuhnya terhadap Hamzah dan menuntut beliau berundur serta-merta daripada jawatannya.

Dakwa mereka, perkara itu disebabkan kegagalan-kegagalan nyata Hamzah yang bercanggah dengan tanggungjawab kepimpinan sebagaimana dituntut oleh perlembagaan parti dan kod etika.

Antaranya, dakwa mereka, kegagalan Hamzah menghentikan dan membendung tindakan penyokongnya yang secara berterusan melanggar perlembagaan parti dan disiplin organisasi.

Selain itu, mereka mendakwa Hamzah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam gerakan yang mencetuskan kekacauan dan ketidaktertiban semasa Perhimpunan Agunng Tahun (PAT) Bersatu 2025.

Dakwa mereka, Hamzah juga gagal menghalang serta membendung gerakan akuan bersumpah (SD) yang digerakkan oleh pengikutnya sehingga mencetuskan ketidakstabilan politik.

Hamzah juga dakwa mereka terlibat dalam rundingan dengan pihak luar tanpa mandat dan kelulusan sah daripada kepimpinan tertinggi parti.

“Memorandum ini dikemukakan sebagai satu tanggungjawab moral dan perlembagaan oleh Ketua-Ketua Bahagian serta kepimpinan akar umbi Negeri Sembilan yang masih setia kepada perjuangan parti.

“Kami menuntut agar kepimpinan tertinggi parti bertindak dengan segera, berani dan berlandaskan perlembagaan parti demi menyelamatkan Bersatu daripada kerosakan yang lebih besar serta memulihkan keyakinan ahli dan rakyat,” demikian menurut memorandum itu.

Sementara itu, sumber dalaman Bersatu mengesahkan memorandum bertarikh 5 Februari itu telah disampaikan kepada Muhyiddin malam semalam. – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo