NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kes seleweng dana: SPRM rakam percakapan pendakwah bebas, ketua jabatan kewangan



KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah merakam percakapan seorang pendakwah bebas dan seorang ketua jabatan kewangan dan perakaunan sebuah institusi pusat pendidikan dan dakwah di Kedah membabitkan siasatan berhubung kes penyelewengan dana di pusat dakwah tersebut.

Menurut sumber, kedua-dua suspek hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya bagi memberi maklumat dan membantu siasatan kes berkenaan.

“Kedua-dua suspek tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada pukul 1.30 petang tadi dan fokus sekarang adalah untuk melengkapkan siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, kedua-dua suspek telah dibebaskan daripada tahanan reman pada pukul lima petang selepas kedua-dua suspek ditahan reman buat kali kedua pada Jumaat lalu.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML), Datuk Norhaizam Muhammad ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001.

Tambah beliau, kedua-dua suspek akan dilepaskan malam ini dan akan disambung lagi esok. – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo