NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penuhi hak 40%, tambah kerusi Parlimen di Sabah sebelum PRU-16 – Felix



KUALA LUMPUR – Tuntutan hak 40 peratus hasil Persekutuan kepada Sabah serta penambahan kerusi Parlimen sehingga mencapai nisbah satu pertiga perlu dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Ketua Pergerakan Pemuda UPKO Nasional, Felix Joseph Saang berkata, kedua-dua perkara itu amat penting dan selaras dengan semangat serta peruntukan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menurutnya, pelaksanaan tuntutan itu wajar dan berasas memandangkan MA63 dengan jelas mengiktiraf hak Sabah dan Sarawak sebagai rakan pengasas Persekutuan Malaysia, bukan sekadar sebuah negeri seperti yang lain.

Selain itu, ujar beliau, faktor geografi dan keluasan Sabah yang jauh lebih besar berbanding kebanyakan negeri di Semenanjung memerlukan peruntukan kewangan serta jumlah ahli parlimen yang lebih munasabah dan adil.

“Sabah mempunyai banyak kawasan Parlimen yang sangat luas seperti Beluran yang mana saiznya lebih tiga kali ganda lebih besar dari Melaka yang kini mempunyai enam kawasan Parlimen.

“Beluran hanya satu kerusi Parlimen dan sudah tentu peruntukan serta kemudahan yang diterima tidak setimpal dengan keperluan sebenar rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Felix, ketidakseimbangan itu bukan sahaja menjejaskan keberkesanan penyampaian perkhidmatan, malah melambatkan usaha pembangunan menyeluruh.

Katanya, Sabah mempunyai daerah-daerah yang masih bergelut dengan isu kemiskinan dan kekurangan infrastruktur asas.

Sehubungan itu, sekiranya Kerajaan Persekutuan benar-benar beriltizam untuk menyelesaikan masalah daerah termiskin di Sabah dan merealisasikan aspirasi sifar miskin, pelaksanaan tuntutan 40 peratus hasil negeri adalah langkah yang paling realistik dan berkesan.

Ujarnya, peruntukan tambahan melalui tuntutan 40 peratus itu akan membolehkan kerajaan negeri melaksanakan lebih banyak projek pembangunan, selain memperkasa ekonomi tempatan serta meningkatkan akses pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas khususnya di kawasan luar bandar.

Tegasnya, penambahan kerusi Parlimen Sabah sehingga mencapai nisbah dua pertiga adalah penting bagi memastikan suara Sabah didengar secara lebih adil dalam proses pembuatan dasar di peringkat Persekutuan.

“Isu MA63 bukan isu baharu, tetapi ia memerlukan keberanian politik dan keikhlasan untuk dilaksanakan sepenuhnya.

“Pelaksanaannya sebelum PRU1-6 akan menjadi bukti komitmen sebenar Putrajaya terhadap keadilan, kesaksamaan dan masa depan Sabah,” katanya. – MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo