SHAH ALAM - Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dipercayai bakal dilantik sebagai Ketua Pembangkang baharu menggantikan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Sumber dalaman PN berkata, perkara tersebut yang dicadangkan Ketua Pemuda PN turut mendapat persetujuan Bersatu dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada Ahad lepas
"Dalam Mesyuarat MT PN pada 22 Februari lalu, perkara Ketua Pembangkang ada dibangkitkan oleh Bersatu.
"Ketua Pemuda PN mencadangkan Ketua Whip PN, Takiyuddin diangkat jadi Ketua Pembangkang. Wakil Bersatu bersetuju.
"Cuma sepatutnya diumumkan bersama pengumuman Pengerusi PN tapi tidak diumumkan oleh Pas," katanya.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan pembangkang tidak berhasrat mengemukakan sebarang pemakluman rasmi kepada Speaker Dewan Rakyat berhubung jawatan Ketua Pembangkang ketika ini.
Justeru, Hamzah masih kekal sebagai Ketua Pembangkang.
Pada Ahad lalu, Takiyuddin berkata, Pas dijangka mengambil alih jawatan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat dan perkara itu turut dipersetujui MT PN serta nama ahli Parlimen berkenaan akan dimaklumkan kemudian.
Dalam perkembangan sama, sumber dalaman PN memaklumkan, beliau tidak tahu alasan Pas tidak mengumumkan perkembangan terkini berhubung jawatan itu secara serentak.
Bagaimanapun menurutnya, Bersatu secara prinsipnya tidak ada masalah sekiranya Pas menjadi Ketua Pembangkang.
Beliau menyifatkan, ia peluang untuk menguji Pengerusi PN baharu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang tidak mempunyai banyak pengalaman di Parlimen.
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment