SHAH ALAM - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan sekiranya siasatan berhubung perjanjian dengan syarikat semi konduktor terkemuka dunia berjumlah RM1.1 bilion tidak dibawa ke muka pengadilan.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, tiada bukti menunjukkan wujudnya elemen penyalahgunaan kuasa terhadap keputusan merugikan negara itu atau memperoleh sebarang keuntungan daripadanya.
Menurut beliau, sekiranya pendakwaan itu diteruskan, ia juga akan mengheret semua pihak yang terlibat termasuk menteri dan pegawai tertinggi kementerian untuk dibicarakan.
"Tetapi saya rasa ia tidak akan berakhir di mahkamah kerana tujuannya ini hanya untuk wujudkan persepsi.
"Saya hendak duduk dengan peguam, kalau tidak berakhir dengan pendakwaan, saya hendak saman kerajaan kerana menyalahgunakan dan mengadakan sesuatu semata-mata utuk membunuh karakter," katanya menerusi podcast Yang Berhenti Menteri (YMB) #36 bersama moderator Haziq Azfar Ishak pada Jumaat.
Sebelum ini, Rafizi dikaitkan dengan satu siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung urus niaga kerajaan dengan sebuah syarikat asing.
Siasatan itu susulan laporan yang dibuat oleh tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang mendakwa berlaku penyelewengan berkaitan pelaburan melibatkan perjanjian yang ditandatangani pada Mac 2025.
Kerajaan Malaysia akan membayar AS$250 juta kepada syarikat itu untuk mendapatkan akses kepada harta intelek (IP) berkaitan reka bentuk cip dalam tempoh 10 tahun untuk syarikat tempatan.
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment