NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS seru komponen PN lakukan ‘genjatan senjata’



SHAH ALAM – Semua pihak termasuk rakan komponen Perikatan Nasional (PN) digesa supaya melakukan ‘gencatan senjata’ dan menghentikan serangan terbuka antara satu sama lain.

Setiausaha Politik Presiden Pas, Syahir Sulaiman berkata, hentikan penulisan perkara bersifat ‘sulit’ secara terbuka selain menyifatkan parti berkenaan hanya mahu meneruskan perjalanan.

“Mengapa perlu menulis hal ‘sulit’ secara terbuka? Ikutkan hati, mahu sahaja saya membalas, namun saya memilih untuk menahan diri.

"Justeru atas rasa hormat kepada kekanda Datuk DrM & TunF, permintaan saya; cukup-cukuplah menulis," katanya dalam satu kenyataan tanpa menyebut nama tepat mana-mana pihak.

Syahir berkata, 1 Februari menandakan genap sebulan ‘pemandu bas’ meletakkan jawatan pada 1 Januari lalu, sekali gus menyebabkan perjalanan gabungan itu tergendala.

Ujarnya, perjalanan tergendala manakala penumpang gelisah, keluarga (rakyat) pula menunggu dan mereka hanya mahu teruskan perjalanan.

"Di Perak dan Melaka, kami telah lancarkan jentera pilihanraya. Negeri lain, bakal menyusul. Di pihak Pas, jentera sudah siap siaga, tabung sudah dikira dan calon pun sudah turun bekerja.

“Persiapan bukan setakat di 43 kerusi Parlimen kami, termasuk di enam kerusi ‘lompat’ yang dilaporkan tidak terjaga,” katanya.

Beliau turut mendakwa, terdapat dua kerusi lain yang dikatakan ‘bakal’ melompat dan berharap pihak berkaitan dapat lebih berwaspada.

Sehubungan itu, Syahir berpandangan, ada baiknya semua pihak di peringkat ‘operator’ bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata.

Silence is golden. Serahkan kepada pucuk pimpinan untuk mesyuarat ‘full-council’ segera.

“Jika kalian berpandangan TSMY (Tan Sri Muhyiddin Yassin) adalah Pengerusi PN yang masih ‘berkuat kuasa’, mudah sahaja, sila panggil mesyuarat segera,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa Pas hanya mahu meneruskan perjalanan gabungan tersebut demi kepentingan rakyat.

“Kami hanya mahu teruskan perjalanan. Jangan berlengah lagi,” katanya.


Sumber | Sinar Harian










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo