GOMBAK – Kerajaan digesa menubuhkan satu jawatankuasa khas melibatkan isu yang boleh menjejaskan perpaduan di negara ini bagi tempoh enam bulan bagi memastikan permasalahan tersebut ditangani segera.
Penasihat Undang-Undang Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, ia bagi memastikan tindakan bancian di setiap tempat rumah ibadat di negara ini dapat dilakukan sebaiknya.
“Jawatankuasa ini perlu diberi tempoh enam bulan supaya mereka buat bancian satu negara. Setiap rumah anutan, apakah sejarahnya? Kenapa tidak ada permohonan dibuat? Adakah permohonan dibuat tapi kenapa ditolak?
“Adakah ditolak kerana kecuaian PBT ataupun kesilapan rumah anutan? Kesemua ini perlu dikenal pasti dan buat satu kertas putih kemudian bentangkan di parlimen dengan penyelesaian.
“Rumah-rumah anutan yang tak sah, yang wajib dirobohkan, wajar dirobohkan selepas itu dan mana yang boleh diputihkan, itu untuk proses undang-undang.
“Jadi bukan untuk kita tentukan, itu adalah kerajaan tentukan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Gotong-Royong Rakyat bersama membersihkan Tanah Yayasan Kubra yang turut dihadiri lebih 14 badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam, di sini hari ini
Tambah Mohamed Haniff Khatri, kelemahan dalam isu tersebut tidak ditujukan hanya kepada kepimpinan kerajaan terkini sebalik terhadap kerajaan terdahulu yang perlu cakna dan peka isu perpaduan.
‘”Pada 11 Februari lalu, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang telah pun bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa tetap dan kami telah menghubungi beliau untuk berbincang mengenai perkara ini namun belum ada ketetatapan lagi.
“Kami juga syorkan beliau (Aaron) mengambilkira pandangan disampaikan Garah terlebih dahulu untuk kewujudan jawatankuasa enam bulan sebelum dimakan oleh cadangan -cadangan sebelah pihak kerana isu seperti ini perlu mengambil kira keseluruhan bukan satu pihak,” jelasnya.
Sehubungan itu, Garah berharap perkara berkait isu permasalahan perpadan dapat diselesaikan dengan mematuhi undang-undang yang ditetapkan. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment