NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Abah kena serangan jantung iskemik, dipantau rapi di ICU' - Anak Mursyidul Am Pas



GEORGE TOWN – Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin, 87, mengalami serangan jantung iskemik dengan tahap kekuatan jantung hanya kira-kira 35 peratus selain berdepan komplikasi membabitkan buah pinggang tahap empat hingga lima, paru-paru dan hati.

Anak perempuannya, Husna Hashim berkata, bapanya kini dirawat dan ditahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipindahkan dari Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Perlis.

Menurutnya, Hashim dimasukkan ke HTF pada 7 Februari selepas keadaan kesihatan semakin uzur susulan jadual padat menghadiri mesyuarat dan program.

Katanya, prosedur angiogram tidak dapat dilakukan ketika itu kerana risiko tinggi berikutan keadaan jantung yang terlalu lemah, justeru pihak hospital memberi rawatan untuk menstabilkan keadaan terlebih dahulu.

Selepas keadaan semakin stabil, beliau dirancang menjalani dialisis ringan berikutan bacaan kreatinin melebihi 400 dan paras urea yang tinggi sehingga menyebabkan keadaannya lemah.

“Namun sebelum dialisis dilakukan, berlaku kecederaan pada arteri di bahagian peha tempat suntikan ubat sehingga prosedur dialisis tidak dapat dijalankan.

“Untuk pemasangan stent, abah dipindahkan dari HTF ke HPP untuk prosedur berkenaan,” katanya menerusi rakaman video di akaun TikTok miliknya pada Ahad.

Tambah Husna, prosedur pemasangan stent yang dilakukan kira-kira empat hari lalu berjaya, namun bapanya masih perlu dipantau rapi di ICU berikutan keadaan jantung yang semakin lemah serta masalah buah pinggang yang memerlukan dialisis ringan kira-kira tiga jam setiap sesi.

Beliau berkata, bapanya turut mengalami jangkitan kuman pada paru-paru dan kini menerima rawatan antibiotik manakala prosedur angiogram masih belum dapat dilakukan kerana dikhuatiri memberi tekanan kepada jantung.

Sehubungan itu, keluarga memohon maaf kerana tidak dapat membenarkan orang ramai menziarahi beliau buat masa ini atas nasihat doktor disebabkan keadaan yang sangat tidak stabil.

“Saya mewakili keluarga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan abah serta menghargai keprihatinan dan pertanyaan yang diterima.

“Insya-ALLAH apabila keadaan abah stabil dan sudah boleh diziarahi, kami akan maklumkan,” katanya.

Hashim dilantik sebagai Mursyidul Am Pas yang keempat pada 10 Oktober 2016 oleh Majlis Syura Ulama (MSU) Pas susulan pemergian Allahyarham Datuk Dr Haron Din pada 16 September tahun sama.


Sumber | Sinar Harian









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo