NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO tidak mahu dipatuk dua kali



BANGI, 16 REJAB -Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan UMNO tidak mahu mengulangi kesilapan lalu dalam bekerjasama dengan mana-mana parti pembangkang.

Presiden UMNO itu berkata, setiap keputusan bakal dibuat dengan teliti dan berhati-hati bagi mengelak parti itu “dipatuk oleh ular yang sama buat kali kedua di tempat yang sama”.

Beliau juga menekankan UMNO belum memuktamadkan sebarang perincian kerjasama, termasuk kemungkinan kembali bekerjasama dengan PAS di bawah Muafakat Nasional.

“Kita tidak mahu bernostalgia menggunakan apa-apa nama yang pernah dicadangkan dahulu dan kita belum memuktamadkannya lagi.

“Itu sebabnya perincian penting kerana kita tidak mahu dipatuk oleh ular yang sama bagi kali yang kedua di tempat yang sama,” katanya.

Terdahulu, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh dilaporkan menuntut agar UMNO menarik diri daripada kerjasama politik dengan Kerajaan Perpaduan susulan dakwaan pimpinan komponen gagal menghormati garis merah orang Melayu dan Islam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu turut mengulangi gesaan agar wujud sebuah permuafakatan antara UMNO dan PAS sebagai langkah menyatukan orang Melayu.

Berucap dalam Konvensyen Khas Pemuda UMNO, Mohamad Akmal juga mencadangkan agar UMNO memilih untuk berada di blok pembangkang sekiranya mengambil keputusan keluar daripada kerajaan sedia ada.


Sumber | TV Pertiwi





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo