NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Muhyiddin perosak PN, apa yang berlaku di Perlis jadi bukti’ – Puad



BANGI, 16 REJAB -Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menegaskan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah penyumbang utama kepada keruntuhan Perikatan Nasional (PN).

“Muhyiddin adalah perosak PN. Apa yang berlaku di Perlis jadi bukti. Dia yang bunuh PN. UMNO tidak terkena sedikit pun tempiasnya. Ia bagus untuk UMNO. Memang UMNO mahu PN mati,” katanya.

Juster, Puad berpendapat, dakwaan Prof Dr Tajuddin Rasdi bahawa Muhyiddin seorang perwira politik’ dengan kuasa ‘jentikan batin’ adalah tidak tepat dan jauh daripada realiti.

“Lain macam betul apabila profesor seni bina Islam Prof Dr Tajuddin Rasdi menganalisis politik. Menurutnya Muhyiddin ‘perwira politik’ yang memiliki kuasa ‘jentikan batin’.

“Katanya lagi, sekali Muhyiddin jentik, Hadi dan juga Hamzah tunggang terbalik. Sedangkan Muhyiddin yang menggelupur sampai letak jawatan. Ini kerana prof Tajuddin tidak tahu apa yang berlaku di dalam PN dan parti Bersatu,” katanya dalam kenyataan di Facebook. 

Beliau menjelaskan bahawa sokongan dalam Bersatu terhadap Muhyiddin amat terhad, manakala peletakan jawatan beberapa pimpinan negeri tidak menunjukkan gambaran sebenar.

“Hanya Muhyiddin yang tahu tiga MP sahaja yang sokong dia. MP Bersatu yang lain semuanya ikut Hamzah. Pengerusi negeri yang letak jawatan seperti Azmin Ali, Dr Shaharudin dan Peja bukan ahli parlimen,” katanya.

Puad berkata, Muhyiddin sedar kedudukannya semakin terhimpit dan tidak mampu bertahan apabila sokongan mula ditarik.

“Justeru Muhyiddin tahu dia sudah di penghujung. Dia tidak boleh tahan. Muhyiddin cuba bertahan apabila 15 MP UMNO tarik sokongan. Akhirnya dia letak jawatan Perdana Menteri ke 8. Maka mana dia perwira politiknya? Mana dia jentikan ala ghaibnya?” katanya.

Beliau turut menekankan sifat kepimpinan Muhyiddin yang keras kepala dan tindakannya semasa pentadbiran negara.

“Muhyiddin adalah ahli politik keras kepala. Sebab itu dia sanggup isytihar darurat masa PKP. Dia mengingkari nasihat YDP Agong sertai Kerajaan Perpaduan. Dia hanya perwira pakar memanipulasi keadaan,” katanya.

Puad menambah bahawa kelemahan utama Muhyiddin ialah kurangnya pengaruh akar umbi, sementara Hamzah Zainudin menguasai parti.

“Walaupun pandai ambil kesempatan tapi Muhyiddin pemimpin yang lemah dari segi ‘grassroots.’ Sebab itu dia tidak mampu bertahan lama. Ini yang berlaku dalam parti Bersatu. Hamzah menguasai akar umbi parti. Akhirnya Muhyiddin menggelupur tinggalkan PN,” katanya.


Sumber | TV Pertiwi





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo