KUALA LUMPUR – Teka-teki mengenai hala tuju dan keputusan politik Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dijangka hanya akan dijawab pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) minggu hadapan.
“Saya akan maklumkan keputusan dalam PAU minggu depan, demikian ringkas kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu peletakan semua jawatan yang disandangnya yang tular sebelum ini.
Dr Muhammad Akmal berkata pada ketika ini beliau memerlukan sedikit ruang untuk menyelesaikan beberapa agenda penting parti terlebih dahulu sebelum memuktamadkan sebarang keputusan.
“Bagi saya selesaikan PAU, Pilihan Raya Kecil Kinabatangan dan berjumpa dengan Presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) serta Ketua Menteri Melaka (Datuk Seri Ab Rauf Yusoh) dalam tempoh ini,” katanya ringkas kepada MalaysiaGazette.
Dr Muhammad Akmal berkata demikian ketika dalam perjalanan ke Sabah selepas tiba dari Shanghai China, hari ini.
Kenyataan tersebut dilihat sebagai langkah bagi meredakan spekulasi yang sedang bertiup kencang apatah lagi mengenai peletakan semua jawatannya.
PAU 2026 dijadual berlangsung pada 14 Januari hingga 17 Januari depan yang mana ia dilihat sebagai platform paling penting bagi Dr Muhammad Akmal untuk menzahirkan pendirian rasmi berhubung perkembangan politik semasa.
Sebelum ini, menerusi sebuah portal, Dr Muhammad Akmal dikatakan menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau, Melaka.
Terdahulu, Dr Muhammad Akmal menjadi sasaran selepas menyatakan hasrat agar UMNO meninggalkan kerjasama politik dengan DAP.
Kenyataan itu dibuat menerusi Konvensyen Pemuda UMNO minggu lalu dan ia mendapat pelbagai reaksi termasuk DAP yang dilihat agak tidak senang dengan kenyataan berkenaan.
Tidak terhenti di situ, ramai melihat Dr Muhmmad Akmal terus ditekan sama ada DAP mahukan pemimpin UMNO sendiri yang tidak bersetuju dengan penyatuan ummah yang dicadangkan sebelum ini.
Rata-rata pemimpin UMNO termasuk Ahmad Zahid sendiri menyatakan parti itu tidak mahu dipatuk dua kali dengan ular yang sama.- MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment