NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rafizi ramal 2026 tahun gawat politik



KUALA LUMPUR – Tahun 2026 dijangka bakal menjadi antara tahun paling penting dalam kalendar politik bagi penggal ini yang akan memberi kesan langsung bukan sahaja kepada keputusan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) malah melibatkan ekonomi negara.

Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, risiko ketidaktentuan politik boleh mempengaruhi unjuran pertumbuhan ekonomi negara dalam tahun 2026 yang sememangnya dijangka lebih perlahan berbanding tahun 2024 dan 2025.


“Kestabilan politik sebelum ini telah diterjemahkan kepada suasana ekonomi makro yang lebih baik serta pengukuhan mata wang ringgit, namun keadaan politik yang sukar diramalkan pada masa ini berisiko mencetuskan ketidaktentuan ekonomi.

“Kebelakangan ini tanda-tanda ke arah ketidaktentuan politik telah nampak.

“Ada perkembangan-perkembangan besar dalam ketiga-tiga gabungan politik utama, dari Pakatan Harapan, Barisan Nasional hinggalah kepada Perikatan Nasional,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.


Beliau yang juga merupakan bekas Timbalan Presiden PKR berkata, jika pun kestabilan politik kekal dalam tahun 2026, ia belum tentu mempunyai kesan premium kepada ekonomi negara kerana kestabilan politik telah menjadi asas baru.


“Keputusan politik yang dibuat sepanjang tahun ini akan mencorakkan siri pilihan raya seterusnya bermula dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang perlu diadakan selewat-lewatnya Februari 2027 disusuli PRN Sarawak (April 2027), PRN Johor (Jun 2027) dan PRU16 (Februari 2028).

“Sebagai rakyat, kita perlu memberi lebih perhatian menelaah setiap perkembangan politik ini dengan lebih mendalam bermula 2026 supaya kita membuat keputusan yang tepat dengan kehendak kita dalam tahun 2027 ke atas,” katanya lagi. – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo