KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dalam Islam selagi seseorang itu layak dia boleh menjalankan tugas sebagai pemimpin negara termasuk untuk jawatan perdana Menteri.
Beliau berkata demikian Ketika diminta mengulas keputusan kerajaan untuk membentangkan rang undang-undang bagi mengehadkan tempoh jawatan perdana Menteri kepada dua penggal atau 10 tahun sahaja.
“Macam Tun Mahathir sudah 100 tahun tapi masih boleh berkhidmat,” katanya kepada wartawan di Marang hari ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pengumuman sempena Tahun Baharu 2026 menegaskan komitmen kerajaan untuk mengehadkan tempoh jawatan perdana Menteri di mana rang undang-undang yang berkaitan akan dibentangkan pada sesi Parlimen tahun ini.
Berikutan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, beliau akan bertemu dengan pemimpin-pemimpin politik berhubung cadangan tersebut.
Sementara itu, Abdul Hadi turut ditanya mengenai pelawaan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah kepada ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas untuk menyertai barisan kempimpinan kerajaan negeri yang akan dibentuk.
“Kita tidak akan terima jawatan kerana menganggap telah berlaku pengkhianatan sehingga menjatuhkan kerajaan,” tegas Presiden Pas itu.
Surat pelawaan penyertaan ADUN Pas itu turut dihantar kepada Abdul Hadi kelmarin. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment