NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dr Akmal akan terus jadi Ketua Pemuda UMNO - Helmy



MELAKA – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh langsung tidak meluahkan hasratnya untuk meletakkan jawatan dalam parti ketika ditemui di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tengah hari tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, sebaik tiba dari Shanghai, China, Dr Akmal disambut kira-kira 50 rakan Pemuda UMNO dari seluruh negara termasuk Pulau Pinang dan Kedah.


“Dr Akmal cuma kata dia mahu terus berjuang sampai habis, membincangkan hala tuju seterusnya dan terus menaiki penerbangan ke Sandakan pada jam 1.15 tengah hari.

“Tak cerita langsung pasal letak jawatan atau undur diri semua ini sebaliknya beliau mahu terus berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette di sini hari ini.

Terdahulu hari ini portal berita Malaysiakini melaporkan Dr Akmal didakwa menyatakan hasratnya untuk melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pemuda UMNO dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau.


Laporan itu memetik sumber yang rapat dengan Dr Akmal memaklumkan perkara itu kepada sekumpulan pemimpin Pemuda UMNO menerusi mesej WhatsApp semalam ketika beliau masih berada di Shanghai, China. – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo