NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tamatkan prosiding terhadap Zahid boleh jejaskan keyakinan rakyat



KUALA LUMPUR – Langkah Jabatan Peguam Negara (AGC) yang menamatkan prosiding terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melalui kaedah tiada tindakan lanjut berpotensi menjejaskan integriti serta keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan jenayah negara.

Ketua Penerangan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Shahrulufti Sharif berkata, pihaknya memandang serius keputusan tersebut kerana mampu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.


“Kes berkenaan melibatkan 47 pertuduhan jenayah termasuk pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram. Malah Mahkamah Tinggi sebelum ini telah memutuskan wujud prima facie dan memerintahkan tertuduh membela diri.

“Namun, selepas keputusan Discharge Not Amounting to Acquittal (DNAA) pada 4 September 2023, kes tersebut kini ditamatkan sepenuhnya melalui NFA, sekaligus menimbulkan kebimbangan mendalam dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahrulufti berkata, Putra menzahirkan kegusaran terhadap keputusan itu yang dibuat oleh Peguam Negara, yang sebelum ini pernah mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes sama.


Walaupun tidak membuat sebarang tuduhan, beliau menegaskan, konflik persepsi dan kepentingan tidak boleh diketepikan kerana ia memberi kesan besar terhadap kepercayaan awam.


Tambah beliau, keputusan tersebut telah mencetuskan krisis keyakinan terhadap institusi keadilan, dan persoalan yang timbul bagaimana nasib rakyat biasa sekiranya kes sebesar itu boleh ditutup tanpa penghakiman mahkamah.

Sehubungan itu, Putra menuntut penjelasan penuh dan bertulis daripada Jabatan Peguam Negara berhubung rasional keputusan berkenaan, selain mendesak reformasi institusi pendakwaan agar kuasa pendakwaan benar-benar bebas daripada sebarang pengaruh politik.

Tegas beliau, Putra kmenolak sekeras-kerasnya sebarang cubaan mempergunakan sistem keadilan demi kepentingan politik dan menegaskan bahawa keadilan bukan milik golongan elit semata-mata, sebaliknya, hak setiap rakyat Malaysia.

“Jangan bicara soal rule of law dan integriti jika keadilan hanya untuk yang berkuasa,” katanya. – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo