- Presiden PPMM, Muhamad Hisham Marzuki berkata jika kenyataan mereka perlu direkodkan, proses perundangan yang betul tanpa sebarang intimidasi perlu dilakukan tanpa sebarang penahanan atau rampasan sehingga permohonan reman.
- “Penahanan dan rampasan sebegini, jika berterusan dan berleluasa, akan memberikan impak negatif terhadap kepercayaan rakyat ke atas kedaulatan undang-undang di negara ini, serta integriti dan kebebasan pihak berkuasa dalam menguatkuasakan undang-undang,” katanya.
- Beliau turut mengingatkan pihak berkuasa sama ada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mahupun PDRM bahawa kuasa yang ada adalah amanah dan tidak wajar disalahguna bagi menekan, mengekang atau menakutkan rakyat daripada menyatakan kebenaran.
KUALA LUMPUR – Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menegaskan pihak-pihak yang membongkar kejadian ceroboh tanah, membuat laporan, menegur atau mengkritik binaan sembahan haram yang tidak mengikut proses undang-undang, tidak sepatutnya dilayan sebagai penjenayah.
Presiden PPMM, Muhamad Hisham Marzuki berkata jika kenyataan mereka perlu direkodkan, proses perundangan yang betul tanpa sebarang intimidasi perlu dilakukan tanpa sebarang penahanan atau rampasan sehingga permohonan reman.
“Penahanan dan rampasan sebegini, jika berterusan dan berleluasa, akan memberikan impak negatif terhadap kepercayaan rakyat ke atas kedaulatan undang-undang di negara ini, serta integriti dan kebebasan pihak berkuasa dalam menguatkuasakan undang-undang.
“Ini adalah kerana kelihatan seolah-olah sengaja menggunakan taktik intimidasi dan menakutkan orang awam daripada membongkar kejadian pencerobohan tanah dan binaan sembahan haram,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, PPMM amat terkesan dan mengambil perhatian serius perkembangan terkini apabila dilaporkan beberapa aktivis yang mendedah dan mempersoal aktiviti pencerobohan tanah serta pembinaan sembahan haram, telah diambil tindakan oleh pihak berkuasa melalui rampasan telefon bimbit, ditahan, kononnya bagi membantu siasatan.
“PPMM dimaklumkan bahawa pada semalam sahaja (27 Januari 2026), dua orang aktivis telah diambil tindakan. Tamim Dahri, aktivis Tanah Malaya telah disiasat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman serta telefonnya dirampas.
“Seorang lagi, Islah Wahyudi aktivis Randuk Malaysia dan Pengerusi Pertubuhan Pemerkasaan Identiti Malaysia (IDENTITI) ditahan di lokap IPD Sepang semalaman, dan polis memohon reman ke atasnya di Mahkamah Sepang pada pagi ini,” jelasnya.
Bagaimanapun katanya, Puan Majistret Khairatul Animah Jelani, telah menolak permohonan reman oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) tersebut, dan memerintahkan pihak PDRM melepaskan dan membebaskan Islah Wahyudi serta-merta.
Beliau turut mengingatkan pihak berkuasa sama ada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mahupun PDRM bahawa kuasa yang ada adalah amanah dan tidak wajar disalahguna bagi menekan, mengekang atau menakutkan rakyat daripada menyatakan kebenaran.
“Adalah lebih mustahak agar kuasa yang ada sebaliknya digunakan bagi mengambil tindakan ke atas para penceroboh samada melalui tanah persendirian atau tanah milik kerajaan yang melanggar undang-undang tanpa sebarang bersikap memilih (selective).
“Dalam satu penghakiman mahkamah dalam kes Lee Loy & Ors v Poh Kam Sang & Anor [2018] 3 MLJ 240, Mahkamah Rayuan menegaskan bahawa pihak berkuasa tidak boleh dan tidak sepatutnya melindungi atau membela penceroboh: “Third, the court should not protect squatters, as decided by the Federal Court in Sidek bin Haji Muhammad…..”,” tegasnya.
Justeru itu, beliau menggesa hak dan perlindungan orang awam di dalam Perlembagaan Persekutuan hendaklah dihormati oleh penguatkuasaan tanpa tunduk kepada manamana tekanan daripada pihak-pihak luar. – The Merdeka Times
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment