KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Kebangsaan, Woo Kah Leong secara sinikal mengucapkan tahniah kepada semua yang menjayakan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang kelihatan seolah-olah seperti `Perhimpunan Agung DAP’ (PAD).
Ini kerana, kata beliau, sukar untuk mencari seseorang yang langsung tidak menyebut frasa `DAP’ dalam ucapan, sebaliknya nama pemimpin DAP lebih kerap disebut berbanding pemimpin UMNO sendiri.
Malah, menurutnya, ada pemimpin mendakwa UMNO dan DAP tidak pernah bersama, merujuk kenyataan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan seperti dilaporkan media.
Jelasnya, adalah lumrah bahawa bukan setiap rakan sekerja dalam satu pasukan adalah rapat serta serasi, dan bukan setiap rakan sekerja boleh makan dan minum bersama selepas waktu bekerja.
Namun, apa yang paling penting, ujar beliau, adalah mengekalkan semangat profesionalisme sewaktu bekerja.
“Usah sengaja katakan “tak pernah bersama” demi tunjukkan taring, ini namanya tipu diri sendiri,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.
Sementara itu, Kah Leong mengingatkan bahawa pengundi sudah serik dengan wayang politik yang syok sendiri dan tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat.
Sehubungan itu, tambah beliau, UMNO boleh terus meneruskan keyakinan sekiranya beranggapan parti itu boleh bangkit semula dengan menjadikan DAP sebagai musuh khayalan.
“Cuma bila berlawan PAS & PPBM (Bersatu) nanti dalam kesemua kerusi campuran, jangan pula tukar muka lain dan katakan “kami wajib bersama”.
“Rakyat adalah bijak dan sedang menilai,” katanya.
PAU 2025 yang berakhir semalam menyaksikan rata-rata perwakilan parti itu membangkitkan kegusaran dengan kerjasama bersama DAP dalam Kerajaan Perpaduan yang dinilai menyebabkan orang Melayu semakin menjauhi parti tersebut. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment