KUALA LUMPUR – Cubaan menghidupkan Muafakat Nasional (MN) dilihat bukan kerjasama setara tetapi usaha UMNO untuk menumpang kekuatan Pas dan menutup kegagalan parti tersebut, kata Pengerusi Interim Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai) Selangor dan Wilayah.
Menurut K. Gunasekaran Kuppan, kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berkenaan MN dilihat sebuah strategi politik sempit dan opprtunis.
Ini kerana beliau mendakwa, UMNO hanya bercakap soal penyatuan Melayu ketika mereka di ambang kejatuhan dan apabila berkuasa, Pas dipinggarkan.
Sedangkan menurut beliau, Pas tidak kekurangan sokongan atau jentera seperti UMNO yang semakin hilang sokongan khususnya daripada orang Melayu sendiri.
“Lebih berbahaya, MN cuba memindahkan beban dosa politik UMNO kepada Pas. Dalam Ucapan Dr.Akmal menyebut bahawa MN diperlukan untuk melawan 3R.
“Malangnya, beliau terlupa bahawa UMNO masih tersepit dengan ‘R’ yang keempat iaitu Rasuah.
“Rasuah, salah urus dan kehilangan kepercayaan rakyat tidak boleh diputihkan dengan slogan perpaduan Melayu. Pas tidak wajar dijadikan “mesin basuh” untuk rekod kegagalan UMNO,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Gunasekaran Kuppan yang juga dikenali sebagai Chegu Sekar berkata, Pas tidak boleh diperangkap dengan naratif bahawa menolak MN bermaksud memecahbelahkan Melayu.
Perpaduan orang Melayu sebenar dibina atas prinsip dan keadilan, bukan pakatan sementara untuk menyelamatkan parti yang sedang tenggelam.
“Kesimpulannya, PAS tidak perlu memberi nyawa kepada UMNO.
“Jika UMNO benar-benar mahu perpaduan, mereka perlu pulihkan kepercayaan rakyat terlebih dahulu, bukan bergantung kepada Pas setiap kali sokongan mereka runtuh,” katanya lagi.
Tambah beliau, perpaduan orang Melayu bukan hanya semasa menghadapi PRU atau PRN atau PRK, sebaliknya ia harus dilakukan secara ikhlas demi kepentingan orang Melayu marhaen. -MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment