NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Fakta Dr Akmal tersasar, AMK ajak UMNO Melaka berdialog



MELAKA – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Melaka menyindir Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh
mengenai kenyataannya yang bercanggah dengan ketua parti itu dan boleh menggugat kestabilan politik negara.

Ketua penerangannya, Hakim Hafizudin berkata, politik matang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu sepatutnya senada dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Jika Presiden UMNO sendiri menekankan soal kestabilan politik, sayap pemuda parti itu seharusnya berperanan mengukuhkan barisan bukan melemahkan parti melalui kenyataan yang bercanggah dengan pendirian pimpinan tertinggi.

“Bila bosnya bercakap soal kestabilan, Pemuda UMNO sepatutnya menguatkan barisan dan bukan melemahkan parti dengan kenyataan yang bercanggah.

“Politik matang menuntut disiplin dan tanggungjawab, bukan sekadar keberanian bercakap di hadapan mikrofon,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Hakim turut menegaskan keputusan Barisan Nasional (BN) untuk terus kekal bersama Kerajaan Madani membuktikan  naratif kononnya agama Islam terancam dan ekonomi Melayu tergugat adalah tidak berasas.

“Malah ia adalah sekadar dimainkan untuk kepentingan politik sempit yang mana kalau dilihat keputusan BN kekal bersama Kerajaan Madani adalah bukti nyata bahawa agama Islam tidak terancam.

“Malah ekonomi Melayu tidak tergugat seperti yang digembar-gemburkan oleh sebahagian pihak. Politik sentimen hanya akan merugikan rakyat dan melemahkan institusi parti sendiri,” katanya lagi.

Menurut Hakim, AMK Melaka berpandangan semua pihak perlu menghormati konsensus politik yang telah dicapai demi memastikan kestabilan negara terus terpelihara.

Media hari ini melaporkan Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri mengesahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan walaupun ada desakan daripada Pemuda untuk berlaku sebaliknya.

Menurutnya, ia adalah pendirian UMNO dan BN ketika memasuki kerjasama dengan Pakatan Harapan sebelum Kerajaan Perpaduan ditubuhkan pada Disember 2022.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, ia antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat Biro Politik semalam iaitu cadangan daripada Dr Akmal Saleh pada Sabtu lalu untuk parti itu menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan dan menjadi pembangkang.

Jelasnya, tiada keputusan muktamad dibuat dalam mesyuarat berkenaan berhubung saranan Pemuda UMNO itu. – MalaysiaGazette










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo