- Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata sebarang tapak pemindahan tetap perlu melalui proses EIA serta penilaian sistem kumbahan bagi memastikan ia tidak menjejaskan sungai dan kawasan persekitaran.
- “Kita mahu pastikan sistem kumbahan itu boleh berdiri sendiri tidak dilepaskan ke sungai dan tidak memberi risiko kepada alam sekitar,” katanya
- Amirudin berkata kerajaan negeri menjunjung titah Sultan Selangor untuk mempercepatkan proses penutupan penternakan tradisional yang tercemar, walaupun perancangan awal melibatkan tempoh pemindahan selama tiga tahun.
SHAH ALAM — Kerajaan Negeri Selangor akan menjadikan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dan Penilaian Impak Sosial (SIA) sebagai keutamaan dalam operasi penternakan babi yang bakal dipindahkan segera ke Bukit Tagar, Hulu Selangor.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata sebarang tapak pemindahan tetap perlu melalui proses EIA serta penilaian sistem kumbahan bagi memastikan ia tidak menjejaskan sungai dan kawasan persekitaran.
“Kita mahu pastikan sistem kumbahan itu boleh berdiri sendiri tidak dilepaskan ke sungai dan tidak memberi risiko kepada alam sekitar,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Watikah Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Selangor dan Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya aktiviti penternakan babi di kawasan Tanjong Sepat, Kuala Langat dihentikan secara beransur- ansur dan operasinya dipindahkan ke Bukit Tagar mengikut perancangan serta mematuhi semua keperluan perundangan dan peraturan berkaitan.
Amirudin berkata kerajaan negeri menjunjung titah Sultan Selangor untuk mempercepatkan proses penutupan penternakan tradisional yang tercemar, walaupun perancangan awal melibatkan tempoh pemindahan selama tiga tahun.
“Titah Tuanku jelas, tidak mahu konsep mega atau eksport, sebaliknya menumpukan kepada penutupan operasi yang mencemar dan memenuhi keperluan tempatan sahaja. Insya-Allah kita akan laksanakan dengan segera dan sebaik mungkin.
“Setakat ini, kita telah mengenal pasti 69 pengusaha yang masih aktif. Lesen selebihnya telah pun ditarik balik sebelum ini dan kita akan keluarkan mereka secepat mungkin kerana selagi kawasan itu tidak ditutup, selagi itulah pencemaran daripada penternakan tradisional berterusan. Sebab itu langkah awal kita adalah menamatkan pengurusan tradisional dan beralih kepada penternakan moden,” katanya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment