NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jakel disaran dapatkan bantuan pakar Hindu urus pemindahan patung kuil – Peguam



  • Peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, berkata langkah itu bukan sahaja membolehkan Jakel menegakkan haknya sebagai pemilik tanah, tetapi juga menunjukkan penghormatan terhadap amalan Hindu dalam pelaksanaan hak syarikat itu.
  • “Pihak Jakel juga boleh menghubungi kuil-kuil Hindu berdekatan yang sah yang boleh menempatkan patung-patung tersebut untuk satu tempoh tertentu,” katanya kepada The Merdeka Times.

KUALA LUMPUR – Peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, menyarankan pihak Jakel Trading Sdn. Bhd. (Jakel) untuk mendapatkan nasihat pakar-pakar agama Hindu, bagi mendapatkan bantuan menguruskan tata cara pemindahan patung-patung dewa daripada Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman yang dibina tanpa kebenaran di atas tanah milik Jakel.

Menurut beliau, kaedah tersebut dilihat wajar bagi menghormati anutan agama tersebut di samping menuntut keadilan terhadap tanah milik pihak Jakel.

“Saya syorkan pihak Jakel menghubungi pakar-pakar agama Hindu terutamanya daripada pertubuhan Hindu Sangam untuk mendapat bantuan sami bagi tata cara memindahkan patung-patung dewa tersebut.

“Pihak Jakel juga boleh menghubungi kuil-kuil Hindu berdekatan yang sah yang boleh menempatkan patung-patung tersebut untuk satu tempoh tertentu,” katanya kepada The Merdeka Times.

Menurut beliau, langkah itu bukan sahaja membolehkan Jakel menegakkan haknya sebagai pemilik tanah, tetapi juga menunjukkan penghormatan terhadap amalan agama Hindu dalam pelaksanaan hak syarikat itu.

Haniff menjelaskan bahawa Jakel mempunyai pilihan untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya pengurusan kuil gagal mematuhi perjanjian atau keputusan rundingan terdahulu dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). 

Tambahnya, antara langkah yang boleh diambil termasuk memohon perintah pindah sah melalui mahkamah atau, selepas mendapat kebenaran, memindahkan patung-patung dewa mengikut prosedur agama Hindu.

“Walaupun pencerobohan itu adalah salah dan tindakan boleh diambil oleh pihak Jakel, saya rasa Jakel akan menunjukkan satu contoh terbaik kepada masyarakat sekiranya mereka cuba melaksanakan perpindahan tersebut sama ada tanpa mahkamah mahupun lebih baik lagi dengan perintah mahkamah bersama bantuan pihak agama Hindu,” jelasnya.

Beliau menekankan bahawa isu berkenaan bukan mengenai pemilikan tanah kerana fakta menunjukkan tanah tersebut dimiliki DBKL sebelum dipindah milik secara sah kepada Jakel, namun, sebarang struktur yang dibina tanpa kebenaran kini perlu dikosongkan mengikut undang-undang.

“Sekiranya pihak Jakel hendak ambil tindakan lanjut itu pun adalah hak mereka tapi saya percaya perkara yang penting di sini adalah penyelesaian muktamad menuruti pensip undang-undang.

“Keputusan muktamad adalah pemilik tanah berhak kepada kekosongan daripada struktur yang menceroboh dan jika tidak ada perpindahan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan,” ujarnya.

Semalam media melaporkan, Jakel Trading Sdn. Bhd. memberi tempoh tujuh hari kepada pengurusan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman untuk mengosongkan sebidang tanah milik syarikat itu di Jalan Munshi Abdullah di sini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembangunan.

Menurut notis bertarikh 13 Januari, syarikat tekstil berkenaan memohon kerjasama segera pihak kuil untuk memindahkan struktur sedia ada supaya pembangunan dapat dimulakan dalam tempoh sebulan. – The Merdeka Times





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo