NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jakel ada hak robohkan struktur haram atas tanah mereka – Peguam



  • “Dari sudut undang-undang, untuk mereka merobohkan segala struktur tersebut, tidak ada peruntukan yang menghalang mereka selagi mereka dapatkan perintah mahkamah,” – Peguam, Malcolm Fernandes
  • “Pada masa sekarang, tuan punya tanah adalah Jakel, walaupun sebelum ini tuan punya tanah itu adalah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), tanah tersebut telah diambil alih oleh Jakel secara sah.
  • Bagaimanapun katanya, bagi mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini, pihak Jakel boleh cuba mengalihkan patung-patung di kuil itu ke tempat yang selamat.

KUALA LUMPUR – Peguam, Malcolm Fernandes memaklumkan dari segi perundangan, pihak Jakel Trading Sdn Bhd (Jakel) mempunyai hak untuk merobohkan segala struktur-struktur haram yang didirikan di atas tanah mereka selagi proses pengambilalihan tanah dilakukan secara sah.

Menurut beliau, tiada isu untuk struktur haram itu dirobohkan kerana apa yang difahami, pihak Jakel adalah tuan kepada tanah tersebut secara sah.

“Pada masa sekarang, tuan punya tanah adalah Jakel, walaupun sebelum ini tuan punya tanah itu adalah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), tanah tersebut telah diambil alih oleh Jakel secara sah.

“Kalau kita perhatikan, mengikut perundangan kanun tanah, pemilik kepada tanah mempunyai kuasa atau hak untuk mempertahankan tanah tersebut.

“Dari sudut undang-undang, untuk mereka merobohkan segala struktur tersebut, tidak ada peruntukan yang menghalang mereka selagi mereka dapatkan perintah mahkamah,” katanya kepada The Merdeka Times.

Justeru, beliau memberitahu, Jakel boleh mendapatkan perintah pengusiran kepada kuil tersebut kerana ia termaktub dalam perundangan.

Malcolm menambah, bagi mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini, pihak Jakel boleh cuba mengalihkan patung-patung di kuil itu ke tempat yang selamat.

“Pihak Jakel boleh sahaja merobohkan segala struktur-struktur di atas tanah mereka tetapi kalau boleh kita mahu kekalkan keharmonian dan sentiviti keagamaan dalam isu ini.

“Walaupun Jakel tidak perlu buat perkara sedemikian, mereka boleh memberi ruang agar semua dewa-dewa atau patung-patung tersebut dialihkan secara sesuatu langkah yang menghormati,” jelasnya.

Beliau menambah, pihak Jekel boleh mendapatkan panduan daripada ahli-ahli keagamaan atau organisasi seperti Hindu Sangam bagi memastikan sebarang pengalihan dilakukan dengan penuh penghormatan.

Pertikaian berhubung status tanah Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman mula mendapat perhatian umum tahun lalu susulan sidang media pada 20 Mac lalu yang dianjurkan Lawyers for Liberty bersama bekas Presiden Badan Peguam Malaysia, Datuk Ambiga Sreenevasan serta ahli jawatankuasa pengurusan kuil berkenaan.

Sidang media itu diadakan sebagai reaksi terhadap rancangan Jakel Trading Sdn. Bhd. untuk membangunkan sebuah masjid di atas tanah berkenaan, sekali gus memerlukan pemindahan kuil yang masih beroperasi di lokasi asalnya di Jalan Bunus Enam, bertentangan dengan Jakel Mall. – The Merdeka Times





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo