SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang menyiasat aktiviti senaman aerobik yang didakwa mengandungi beberapa elemen yang boleh dikaitkan dengan perlakuan tidak sopan di tempat awam, dipercayai berlaku di Bukit Badong, dekat sini.
Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, siasatan berkenaan dijalankan susulan penularan sebuah rakaman video menerusi aplikasi TikTok melibatkan aktiviti senaman aerobik terbabit.
Beliau berkata, JAIS memandang serius perbuatan itu dan akan mengambil tindakan mengikut undang-undang.
"Hal ini kerana selain sangat tidak beradab, aktiviti itu mengandungi beberapa elemen yang boleh dikaitkan dengan perlakuan tidak sopan di tempat awam atau suatu perbuatan yang menyebabkan agama Islam dipandang hina.
"JAIS juga sedang menyiasat kejadian tersebut termasuk lokasi sebenar kejadian, penganjur program dan individu yang terlibat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Susulan itu, beliau memohon kerjasama daripada orang awam untuk tampil membantu siasatan atau menghubungi talian hotline JAIS 1800-88-2424.
Terdahulu, tular tangkap layar gambar di aplikasi TikTok memaparkan beberapa wanita berpakaian tidak sopan didakwa melakukan aktiviti senaman. - Bernama
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment