NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

AS lulus jualan pesawat, torpedo bernilai RM9.3 bilion kepada Singapura, 'tingkatkan keselamatan rakan strategik'



Pentadbiran Presiden Donald Trump telah meluluskan penjualan pesawat, peluru bawah permukaan air dan peralatan lain bernilai AS$2.3 bilion (RM9.3 bilion) kepada Singapura, menjadikan negara itu satu-satunya di rantau Asean yang bakal mengendalikan peralatan ketenteraan itu.

Antaranya termasuk empat buah pesawat rondaan dan peninjau maritim (maritime patrol and reconnaissance aircraft, atau MPA) berjenama P-8A (Poseidon), di samping lapan buah torpedo ringan berjenama MK 54, di mana pembekal utamanya ialah Boeing.

Turut termasuk dalam senarai yang disahkan oleh Pentagon itu ialah pemancar laser Guardian untuk sistem canggih mematahkan ancaman terhadap pesawat lengkap dengan peralatan "anti-spoofing".

"Cadangan penjualan ini akan menambah baik dasar luar dan matlamat keselamatan negara Amerika Syarikat dengan meningkatkan keselamatan sebuah rakan strategik yang merupakan kuasa penting untuk kestabilan politik dan kemajuan ekonomi di Asia," menurut Pentagon.

Pesanan pembelian Singapura itu disampaikan oleh Menteri Pertahanan Chan Chun Sing dalam pertemuan bersama rakan sejawatnya Pete Hegseth di Pentagon pada 10 September lalu.

Menurut akhbar The Straits Times, kerajaan Singapura berhasrat menggantikan pesawat rondaan Fokker-50 yang telah beroperasi sejak 1993.

Poseidon P-8A dibangunkan untuk kegunaan ketenteraan berdasarkan pesawat komersial Boeing 737-800 dengan memasukkan ruang senjata.

Selain Amerika Syarikat, hanya lapan negara lain yang mengendalikan pesawat tersebut, yang berupaya terbang sehingga 41,000 kaki dengan kelajuan maksimum 490 knot, serta ketahanan 1,200 batu nautika (2,200km).

Sementara peluru torpedo MK 54 pula dibangunkan bersama oleh Raytheon Integrated Defense Systems dengan kerjasama tentera laut AS, khas untuk peperangan melibatkan kapal selam moden di perairan cetek dan dalam.


Sumber | MalaysiaNow 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo