BANGI, 16 REJAB – Aktivis tanah, Tamim Dahri mencabar Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Sepang untuk menyelesaikan isu rumah ibadat haram di kawasan bidang kuasa agensi kerajaan itu.
Menurut Tamim, terdapat 24 lokasi binaan rumah ibadat haram telah dikesan di atas tanah kerajaan yang sepatutnya diselia oleh PDT Sepang.
Berdasarkan data yang dikongsi, 19 binaan haram itu ialah kuil manakala lima lagi merupakan tokong.
“Senarai ini dikumpulkan sendiri oleh pihak kamu, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) dan kerajaan Selangor.
“Ada lebih kurang 24 rumah ibadat haram atas tanah kerajaan di Sepang. Boleh selesaikan tak?” soalnya dalam hantaran di Facebook baru-baru ini.
Tamim mengemukakan cabaran itu selepas PDT Sepang dalam kenyataan baru-baru ini menyatakan bahawa tindakan agensi kerajaan itu terhad kepada pencerobohan yang berlaku di atas tanah kerajaan, tanah rizab atau tanah perlombongan sahaja.
PDT Sepang dalam kenyataan memaklumkan bahawa perkara tersebut dinyatakan dalam Seksyen 425 Kanun Tanah Negara.
“Sebaliknya, bagi tanah milik persendirian, hak eksklusif bagi pemilikan, penjagaan dan tindakan undang-undang terhadap sebarang bentuk pencerobohan adalah terletak sepenuhnya di bawah tanggungjawab pemilik tanah sebagaimana yang diperuntukkan melalui Seksyen 44(1)(a) KTN.
“Pencerobohan di atas tanah milik persendirian dikategorikan sebagai pertikaian sivil antara pemilik tanah dan penceroboh.
“Bagi maksud memelihara dan menguatkuasakan hak milik persendirian, pemilik tanah bertanggungjawab sepenuhnya untuk memulakan prosiding serta tindakan undang-undang yang wajar termasuklah membuat laporan polis sebagai dokumentasi rasmi dan keterangan material awal berkenaan insiden pencerobohan bagi tujuan litigasi,” demikian menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu dibuat selepas ramai mendesak supaya PDT Sepang bertindak atas isu pencerobohan tanah milik seorang pesara swasta berhampiran Taman Topaz di Dengkil baru-baru ini.
Isu itu menjadi tular pada minggu lepas apabila pemilik tanah berkenaan, Suhaili Ahmad mendedahkan terdapat binaan kuil haram di atas tanahnya yang dibeli sejak 2001.
Suhaili menjelaskan bahawa pembelian tanah itu bertujuan untuk penyewaan papan tanda iklan dan selepas lebih 20 tahun, beliau berhasrat menjual tanah berkenaan.
Isu ini telah menarik perhatian ramai terutama selepas Suhaili berkongsi kisah pencerobohan ini di media sosial.
Pada masa sama, ramai mengkritik kenyataan yang dikeluarkan oleh PDT Sepang dan menggesa agensi kerajaan itu sekurang-kurangnya membantu Suhaili selaku tuan tanah bagi menyelesaikan masalah ini.
Menurut pandangan awam, tindakan untuk membantu tuan tanah menyelesaikan isu ini sekaligus akan mencerminkan komitmen dan pendirian kerajaan yang tegas dalam membanteras isu pencerobohan tanah.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment