- Dalam satu temu bual yang dimuat naik di media sosial, Tun Mahathir berkata walaupun reaksi pemimpin UMNO kelihatan keras terhadap DAP termasuk kenyataan lantang daripada sayap Pemuda dan Wanita, hakikatnya UMNO sedar kedudukan mereka dalam kerajaan bergantung kepada DAP.
- “UMNO nampak marah kepada DAP, tetapi mereka juga sedar kalau mereka tidak berada dalam kerajaan, pemimpin mereka akan berhadapan dengan tindakan mahkamah. Sebab itu walaupun marah, mereka sebenarnya penyokong kuat DAP,” katanya.
PUTRAJAYA — Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyifatkan ketegangan antara UMNO dan DAP susulan keputusan mahkamah menolak permohonan titah addendum berkaitan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai sekadar “ribut dalam cawan”, sambil menegaskan UMNO tidak akan berani bertindak meninggalkan kerajaan.
Dalam satu temu bual yang dimuat naik di media sosial, Tun Mahathir berkata walaupun reaksi pemimpin UMNO kelihatan keras terhadap DAP termasuk kenyataan lantang daripada sayap Pemuda dan Wanita, hakikatnya UMNO sedar kedudukan mereka dalam kerajaan bergantung kepada DAP.
“UMNO nampak marah kepada DAP, tetapi mereka juga sedar kalau mereka tidak berada dalam kerajaan, pemimpin mereka akan berhadapan dengan tindakan mahkamah. Sebab itu walaupun marah, mereka sebenarnya penyokong kuat DAP,” katanya.
Beliau mengulas suasana politik selepas keputusan mahkamah yang menolak permohonan titah addendum bagi membolehkan Najib menjalani hukuman tahanan rumah.
Menurut Tun Mahathir, tindakan sesetengah pemimpin DAP yang dilihat meraikan keputusan itu turut mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan pemimpin UMNO, walaupun keputusan tersebut adalah keputusan kehakiman.
Tun Mahathir bagaimanapun berpandangan, kemarahan UMNO tidak akan diterjemahkan kepada tindakan sebenar.
“Cakap saja, awak tak berani buat. Nak cakap boleh, nak buat tak berani,” katanya, sambil menambah UMNO kini dikongkong dan dikuasai oleh DAP kerana gabungan itu yang membentuk kerajaan.
Mengulas dakwaan kemungkinan UMNO menarik diri daripada kerajaan, Tun Mahathir menolak andaian tersebut dan menyifatkannya sebagai retorik politik semata-mata.
“Dia cuba nak ada ‘storm’, tapi sebenarnya tak ada storm. UMNO akan tunduk kepada DAP,” katanya.
Tun Mahathir turut mendakwa UMNO kini berperanan sebagai “perkakas” kepada DAP, memandangkan kejatuhan kerajaan akan menjejaskan kedua-dua parti itu.
“Kalau DAP tak ada, kerajaan jatuh. UMNO pun jatuh juga,” katanya. -The Merdeka Times
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment