NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tun M jemput Anwar, Tengku Zafrul hadir Konvensyen Melayu 153 Sabtu ini



PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijemput menghadiri Konvensyen Melayu 153 pada Sabtu ini bagi ‘membincangkan’ secara menyeluruh kedudukan serta tafsiran Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. 

Jemputan itu dizahirkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar selepas Sekretariat Orang Melayu sudi untuk menganjurkan konvensyen berkenaan.

“Ini bukan rapat umum tetapi kita harap orang yang kita jemput hadir termasuk orang parti politik, NGO dan orang perseorangan.

“UMNO pun boleh. Siapa pun boleh. Kalau Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) nak datang pun boleh,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Sekretariat Orang Melayu di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) hari ini. 

Hadir sama Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Dr Mahathir, konvensyen itu dianjurkan susulan desakan pelbagai pihak yang mahu isu itu diperjelaskan dengan lebih mendalam.

Beliau turut berkata, konvensyen yang dijadual berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang itu dijangka menjadi medan penting untuk memperhalusi hak dan keistimewaan orang Melayu seperti termaktub dalam Perkara 153.

“Ada desakan supaya kita adakan satu konvensyen berkenaan Perkara 153. Ada pihak yang menyoal kedudukannya dan kita perlu tafsir serta jelaskan apa adanya Perkara 153 dan apakah boleh dilakukan sama ada boleh diteruskan, dipinda ataupun ditambah baik,” katanya lagi. 

Pada sidang media sama, Dr Mahathir turut menyuarakan kebimbangan berhubung Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) yang didakwanya memberi implikasi besar terhadap dasar luar serta keselamatan negara.

“Tulisan dalam ART ini menunjukkan bahawa kita sudah jadi satelit kepada AS sebagai ‘vessel state’. Kita terbabit sampai kepada tahap tentera pun dan dasar luar negara AS,” katanya.

Beliau turut mendakwa kandungan perjanjian itu tidak diumumkan kepada rakyat termasuk aspek berkaitan ketenteraan.

“Kita nak tanya kepada kerajaan, kenapa tak diumumkan isi kandungan mesyuarat ini? Kerana ia mempunyai kesan yang amat buruk kepada negara.

“Kita nak tahu isi kandungannya supaya kita dapat membuat keputusan apa tindakan yang rakyat perlu suarakan,” katanya.

Dr Mahathir turut mengalu-alukan kehadiran bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada konvensyen itu.

“Dia (Tengku Zafrul) yang pandai pasal ini. Kalau dia nak datang, nak buat penjelasan (konvensyen), kita sedia terima,” katanya. – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo