KUALA TERENGGANU, 10 Disember — Pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI) menafikan sebuah video yang tular kononnya memaparkan beliau memuji Perdana Menteri Anwar Ibrahim, sambil menyifatkannya sebagai rakaman palsu yang langsung tidak pernah keluar daripada mulutnya.
Dalam satu penjelasan ringkas, UAI berkata nada suara dalam video tersebut jelas bukan miliknya dan mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan kandungan yang dihasilkan menggunakan teknologi manipulasi audio.
Menurutnya, mereka yang biasa mengikuti ceramah dan kuliahnya pasti boleh mengenal pasti perbezaan suara itu.
UAI sekali lagi menegaskan beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti dalam video berkenaan, sambil mengingatkan agar masyarakat lebih berhati-hati dengan penyebaran kandungan rekaan yang cuba mengaitkan dirinya dengan mana-mana pihak politik.
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment