Menurut bekas ADUN Petagas, Datuk James Ligunjang, situasi ini berlaku kerana Bung Moktar belum sempat mengangkat sumpah sebagai ADUN yang sah di hadapan Speaker DUN Sabah.
“Dalam keadaan ini, Speaker tidak mempunyai kuasa mengisytiharkan kekosongan. Kuasa sepenuhnya terletak pada SPR,” katanya ketika dihubungi.
Keputusan SPR nanti akan menentukan sama ada DUN Lamag perlu melalui satu lagi pilihan raya kecil ataupun pendekatan lain yang dibenarkan undang-undang.
Status Kerusi Parlimen Kinabatangan Bergantung Tempoh Penggal
James turut menjelaskan kedudukan Bung Moktar sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan.
Dengan kerajaan Persekutuan kini beroperasi sehingga 2027, pilihan raya kecil Parlimen hanya perlu diadakan jika tempoh penggal yang berbaki melebihi dua tahun.
“Dalam hal ini, keputusan bergantung kepada Speaker Dewan Rakyat,” katanya.
Menang Tipis Sebelum Pemergian
Beliau meninggal dunia pada usia 66 tahun.

No comments
Post a Comment