BANGI, 26 JAMADILAKHIR – Rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri gagal memenuhi harapan rakyat yang menuntut kepimpinan berkesan dan berorientasikan hasil, khususnya ketika negara berdepan tekanan kos sara hidup, ketidaktentuan ekonomi dan isu kontroversi yang melanda pentadbiran.
Ketua Penerangan Parti BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif berkata, rakyat tidak menuntut pertukaran individu atau penyusunan semula portfolio semata-mata sebaliknya mengharapkan kepimpinan yang berfungsi berkesan berorientasikan hasil.
Katanya, rombakan ini masih mengekalkan pendekatan sedia ada tanpa pembaharuan dasar yang jelas, terutama dalam kementerian strategik yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat dan identiti negara.
“Pengekalan beberapa menteri yang sering menjadi polemik awam seperti Kementerian Pelancongan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Pendidikan turut menimbulkan persoalan terhadap tahap kepekaan kerajaan terhadap sentimen masyarakat,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa pengekalan kuasa Perdana Menteri dan Menteri Kewangan juga dilihat melanggar janji Pakatan Harapan (PH) yang menuntut pemisahan kuasa dua jawatan penting tersebut, yang dipercayai menjadi punca pelbagai masalah ekonomi negara.
Justeru, BERJASA menilai rombakan Kabinet ini masih cacat dan tidak cukup untuk memulihkan keyakinan rakyat.
Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan sebanyak 28 jawatan Menteri dan Timbalan Menteri lantikan serta penukaran portfolio baharu dalam rombakan Kabinet.
Sebanyak 19 Menteri dan Timbalan Menteri ditukar portfolio, manakala 9 lantikan baharu diumumkan Anwar.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment