NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Percepatkan reformasi, kembalikan kepercayaan rakyat - DAP Sabah



KOTA KINABALU - DAP Sabah menegaskan bahawa parti itu tidak pernah menghantar sebarang surat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berhubung penglibatan mereka dalam kerajaan negeri.

Penegasan itu antara perkara utama dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa DAP Sabah pada Ahad yang mana turut meneliti keputusan PRN dan merangka hala tuju parti bagi menghadapi cabaran politik selepas pilihan raya.

Pengerusinya, Datuk Phoong Jin Zhe berkata, mesyuarat tersebut untuk meneliti dan membincangkan keputusan Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN), seterusnya merangka hala tuju parti bagi masa hadapan.

"Kami menghormati dan menerima keputusan yang dibuat oleh pengundi di seluruh Sabah. Keputusan tersebut mencerminkan satu krisis keyakinan serius terhadap DAP dan Pakatan Harapan (PH) yang mesti ditangani dengan segera serta bersungguh-sungguh.

"DAP Sabah menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan Pengerusi DAP Sabah, Phoong Jin Zhe untuk tidak mengambil jawatan dalam kerajaan negeri.

"DAP Sabah menegaskan bahawa parti tidak pernah menghantar sebarang surat kepada Ketua Menteri berhubung penglibatan dalam kerajaan negeri," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Jin Zhe dalam pada itu turut mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai peningkatan ambang e-invois kepada RM1 juta dan permulaan proses pelaksanaan pemulangan 40 peratus hasil yang menjadi hak Sabah.

"Namun begitu, DAP Sabah berpendapat bahawa lebih banyak langkah reformasi perlu dilaksanakan dan dipercepatkan untuk mengembalikan keyakinan rakyat sepenuhnya.

"Kerajaan perlu menyegerakan reformasi institusi dan melipatgandakan usaha meningkatkan ekonomi Sabah, termasuk memperkukuh urus tadbir yang telus, mengurangkan kerenah birokrasi serta meringankan beban rakyat," katanya.

Dalam kenyataan itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh jentera parti, sukarelawan dan penyokong yang bekerja keras sepanjang kempen PRN.

"Semangat, komitmen dan dedikasi anda akan terus menjadi inspirasi dalam perjuangan kita pada masa hadapan," katanya.

Sebelum itu, DAP Sabah turut menyampaikan ucapan takziah atas pemergian Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah merangkap Ahli Parlimen Kinabatangan, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin.

"DAP Sabah menyampaikan simpati kepada keluarga beliau dan mendoakan mereka diberikan kekuatan menghadapi saat yang sukar ini," katanya.

Sumber | Sinar Harian










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo