KUALA LUMPUR, 3 Dis — Pergerakan Hamas menuduh tentera Israel melakukan serangan ganas ke atas kawasan penempatan sementara berhampiran Hospital Kuwait di Khan Younis, selatan Gaza, yang mengorbankan serta mencederakan sejumlah penduduk termasuk kanak-kanak.
Dalam satu kenyataan rasmi, Hamas menyifatkan tindakan menyerang khemah pelarian itu sebagai jenayah perang yang jelas, selain bentuk pelanggaran terhadap perjanjian gencatan senjata yang sedang berkuat kuasa.
Hamas menegaskan bahawa rejim Israel perlu memikul tanggungjawab penuh terhadap segala implikasi ketegangan terbaru ini, sambil mendakwa ia merupakan cubaan pihak Israel untuk mengelak daripada memenuhi komitmen dalam perjanjian tersebut — khususnya keperluan menghentikan segala bentuk pengeboman terhadap orang awam dan kawasan kediaman.
Pergerakan itu juga menggesa negara-negara perantara dan penjamin gencatan senjata supaya mengekang tindakan Israel, serta memastikan kerajaan pimpinan Benjamin Netanyahu mematuhi syarat-syarat yang dipersetujui.
Kenyataan penuh itu disiarkan melalui telegram rasmi Hamas pada 3 Disember.
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment