| vLEI Hackathon Awards Ceremony, yang disempurnakan oleh Alexandre Kech, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GLEIF, di Frankfurt School of Finance & Management |
FRANKFURT, 3 Disember 2025 — Malaysia mencatat satu lagi pencapaian membanggakan di pentas global apabila MSC Trustgate diumumkan sebagai pemenang utama Global vLEI Hackathon 2025, mengatasi lebih 110 penyertaan antarabangsa dalam pertandingan inovasi identiti digital anjuran Global Legal Entity Identifier Foundation (GLEIF).
Kemenangan itu diumumkan di Frankfurt School of Finance & Management, Jerman, dan turut disiarkan melalui platform rasmi GLEIF di LinkedIn.
Inovasi Malaysia Tarik Perhatian Juri Antarabangsa
Ketua pasukan, Hazhar Ismail, dalam kenyataannya melahirkan rasa syukur atas kemenangan yang disifatkan sebagai “sangat tidak dijangka” kerana pasukan mereka sekadar ingin membuktikan potensi vLEI credential sebagai identiti digital yang boleh digunakan merentas platform dan sempadan negara.
Solusi MSC Trustgate mengintegrasikan vLEI credential ke dalam portal tandatangan digital selamat yang dibangunkan syarikat, sekaligus:
-
mengesahkan identiti dan kuasa organisasi,
-
mengikat pengesahan ini kepada tandatangan digital X.509 AATL yang diiktiraf global,
-
menghapuskan keperluan proses KYC/KYB berulang,
-
mengurangkan risiko penipuan, dan
-
menghasilkan PDF yang boleh disahkan oleh aplikasi standard tanpa sebarang pemalam tambahan.
GLEIF menilai penyelesaian itu sebagai ‘business case terbaik’ untuk transaksi rentas sempadan kerana ia berpotensi menyelesaikan masalah global berkaitan kepercayaan identiti digital dalam ekosistem Industri 4.0.
| Hazhar Ismail |
Hazhar menjelaskan bahawa perjuangannya selama beberapa tahun berkisar kepada isu interoperabiliti dan kebolehguna semula identiti digital—masalah dunia yang cuba diselesaikannya melalui kerjasama pelbagai pihak, di dalam dan luar negara.
“Cubaan berani saya menghubungkan vLEI credential kepada sijil AATL dalam platform tandatangan digital MSC Trustgate menjadi perhatian juri hingga kami diumumkan pemenang,” katanya.
Beliau turut menzahirkan kesyukuran kepada Allah atas kejayaan tersebut, sambil berharap inovasi itu memberi manfaat kepada ummah dan dunia.
YourData Naib Juara
Tempat kedua dimenangi YourData melalui Agent-Anchor, penyelesaian yang memberikan identiti vLEI kepada ejen AI korporat bagi mengurangkan risiko penyamaran, spoofing dan meningkatkan keselamatan dalam interaksi digital. Solusi itu turut menyokong integrasi dengan dompet identiti digital seperti eIDAS 2.0 EUDI Wallet.
Kejayaan Malaysia di Pentas Teknologi Global
GLEIF menyifatkan kemenangan MSC Trustgate sebagai bukti kemampuan Malaysia memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan identiti digital global, khususnya dalam sektor kewangan, industri dan operasi komersial di era Industri 4.0.
Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa, bahkan menunjukkan bahawa inovasi tempatan mampu menjadi penyelesaian standard untuk kepercayaan digital pada skala global.
Sumber : GLEIF, FB Hazhar Ismail

Saya NG HONG SIONG dari Kepong baru, dan saya ingin mengumumkan bahawa DATUK YIP KUM FOOK telah menipu Kad Pengenalan Negara saya dan telah menjadi penipu sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ada orang yang mengatakan bahawa saya telah menjual Kad Pengenalan saya kepadanya, tetapi itu tidak benar. Malah, dia telah mengambil Kad Pengenalan saya untuk mencarikan saya pekerjaan.
ReplyDeleteSaya telah melaporkan diri ke banyak balai polis, tetapi mereka tidak aktif. Mungkin Datuk Yip Kum Fook dan polis boleh bekerjasama kerana Datuk Yip seorang ahli politik (MCA), dan dia boleh membayar wang kepada polis.
Sekarang, saya menderita kerana beberapa polis dan beberapa samseng menghubungi saya, juga pegawai bank menghubungi saya untuk mengatakan bahawa saya meminjam wang dari pelbagai bank. Inilah yang dilakukan oleh Datuk Yip kepada saya. Jika dia terus melakukan ini tanpa henti, saya akan berkongsinya di internet pada masa hadapan.
Saya berharap dapat berkongsi mesej ini dengan semua orang tanpa henti. Mungkin mesej ini mempunyai kuasa untuk membantu lebih ramai orang di dunia ini, berhati-hatilah dengan SIMON LOW KOK MENG, kerana dia sedang bekerjasama dengan Datuk Yip Kum Fook.
Dari, Ng, Kepong Baru