Antara yang dilihat ialah ADUN Klias, Datuk Isnin Aliasnih, yang keluar dari hotel terbabit ketika ditemui wartawan.
“Kami kopi-kopi saja, tiada gerakan” — Isnin Aliasnih
Isnin menegaskan pertemuan itu bukan gerakan politik.
“Saya tinggal sini, saya kopi-kopi saja… kami ada 12 YB dengan saya. Ada Bebas, ada GRS,” katanya.
“Kita masih setia. Masih bersama Ketua Menteri dan kerajaan GRS.”
Beliau mengakui wujud rasa tidak puas hati, namun menyifatkannya sebagai kecil dan mampu diselesaikan melalui perbincangan dalaman.
Punca ketidakpuasan: Berentap dengan BN dalam PRN17
Menurut Isnin, rasa kecewa timbul kerana mereka baru sahaja bertembung dengan BN dalam PRN.
“Kita baru berperang dengan mereka… tapi politik begitulah, hari ini lawan esok kawan,” katanya.
Anti-Lompat Parti halang sebarang percubaan tukar kerajaan
RUU Anti-Lompat Parti Sabah yang diluluskan pada 2023 memastikan mana-mana ketidakpuasan dalaman tidak boleh membawa kepada pertukaran kerajaan, sebaliknya hanya boleh diselesaikan secara rundingan dalam blok masing-masing.

No comments
Post a Comment