NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Timbalan Ketua Bahagian Libaran ‘lari’, lebih 300 ahli tinggalkan GRS, masuk UMNO



KOTA KINABALU – Parti Gabungan Rakyat Sabah (PGRS) menerima tamparan hebat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga apabila Timbalan Ketua Bahagian Libaran, Emran Elan bersama lebih 300 ahli termasuk barisan Pemuda membuat kejutan dengan mengumumkan penyertaan ke dalam UMNO.

Semua mereka turut menyatakan sokongan penuh kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Suhaimi Nasir.

Langkah drastik Emran yang juga Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sungai Sibuga itu berlaku menjelang fasa kedua kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sekali gus memperkukuh jentera BN dalam kerusi panas tersebut.

“Keputusan berpindah kapal itu kami buat kerana sudah hilang kepercayaan sepenuhnya terhadap pucuk pimpinan GRS di peringkat kawasan yang dilihat gagal menunjukkan kepimpinan berjiwa rakyat.

“Saya telah berada dalam parti memegang jawatan sebagai timbalan bahagian untuk memperjuangkan parti, tetapi hari ini saya sendiri melihat kepimpinan BN jauh lebih matang, mesra rakyat dan berkesan,” katanya.

Emran mengakui terpanggil menyertai UMNO selepas melihat pendekatan kepimpinan Suhaimi yang disifatkan jauh lebih dekat dengan rakyat dan mampu meneruskan perjuangan sebenar untuk masyarakat.

“Pendekatan BN jauh berbeza. Pemimpinnya turun padang mendengar masalah rakyat dan bukan hanya berpolitik. Kami sebagai rakyat perlukan kepimpinan begini yang boleh memayungi semua lapisan masyarakat,” ujarnya.

Langkah Emran bersama ratusan ahli yang lain turut disifatkan sebagai gelombang kebangkitan baharu di Sungai Sibuga dan dijangka memberi suntikan moral yang besar kepada jentera BN.

DUN Sungai Sibuga menyaksikan pertandingan lima penjuru melibatkan Ismail Md Said (PIS), Nurulalsah Hassan Alban (Warisan), Norani Asmatil (PN-Bersatu), Datuk Amirshah Yaakub (GRS-Gagasan Rakyat) dan calon BN, Datuk Suhaimi Nasir. -MalaysiaGazette











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo