NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jika kalah lagi di CAS, FAM berdepan denda, penggantungan lebih tinggi – Hannah



KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) boleh dikenakan hukuman lebih tinggi oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sekiranya kes yang dibawa tidak berjaya di peringkat Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, FIFA ketika melalui jawatankuasa rayuan memutuskan untuk mengekalkan keputusan asal iaitu mengenakan denda RM1.8 juta kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menurutnya, FIFA turut mengekalkan hukuman terhadap tujuh pemain termasuk penggantungan selama 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak serta denda RM10,500 bagi setiap pemain.

“FAM telah mengesahkan akan membawa kes itu ke CAS di mana sekarang ini ada dua proses yang sedang berlangsung iaitu laporan skop siasatan oleh mantan Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif.

“Skop siasatan Tun Raus adalah untuk meneliti prosedur dalaman dan prosedur operasi standard FAM dalam pengurusan dokumen tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang digantung selama 12 bulan.

“Tujuannya adalah bagi memastikan kegagalan seperti ini tidak berlaku lagi. Ia juga selari dengan perenggan 246 Laporan Jawatankuasa Rayuan FIFA,” katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 di peringkat jawatankuasa bagi KBS di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Hannah memberitahu, CAS boleh menyarankan kepada FIFA untuk meningkatkan denda dan penggantungan jika FAM tidak berjaya dalam kes tersebut.

Ini kerana katanya,  FIFA tribunal akan bermesyuarat untuk mengambil keputusan berhubung status tujuh pemain berkenaan sama ada boleh bermain untuk Malaysia atau tidak.

“Keputusan FIFA Tribunal itu boleh dirayu oleh FAM ke CAS sekali lagi, selepas itu ia akan dipanjangkan ke AFC untuk tindakan selanjutnya dalam konteks perlawanan kelayakan Piala Asia.

“Di mana jika keputusan berhubung pemain itu tidak berubah, Jawatankuasa Disiplin Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pula akan mengambil keputusan,” katanya.

Hannah berkata, AFC sudah maklumkan kepada FIFA untuk membuat keputusan itu sebelum 31 Mac 2026 iaitu tarikh akhir perlawanan kelayakan Piala Asia.

“Jika FAM masih kalah, mengikut peraturan sedia ada di AFC, keputusan perlawanan akan dikira terbatal dan pasukan lawan akan diberikan tiga mata dan tiga gol,” katanya.

Malah, katanya Jawatankuasa AFC berhak jatuhkan hukuman lain selain daripada potongan mata. – MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo