NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS dan PN bukan jumud, tidak halang kemajuan - Haim Hilman



KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah menyelar pihak yang mempolitikkan isu tulisan Cina pada batu asas, ketika majlis pecah tanah di Kedah Rubber City baru-baru ini.

Sedangkan, menurut beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat, tulisan Melayu tetap ada, malah ucapan rasmi pada majlis itu juga dalam bahasa Melayu, selain bendera Kedah serta Malaysia berkibar megah.

Jelas beliau, pelabur dari luar datang membawa teknologi, peluang pekerjaan dan rezeki untuk rakyat.

Sehubungan itu, ujarnya, Kedah sebagai tuan rumah menghormati identiti mereka, sama seperti mereka menghormati bahasa dan budaya negara yang berbilang kaum.

“Pas dan PN (Perikatan Nasional) bukan jumud. Kita tak pernah halang kemajuan, tak pernah sekat hak sesiapa untuk beragama atau berbangsa.

“Kita mempertahankan identiti negara, tetapi dalam masa sama membuka pintu pelaburan berbilion ringgit demi masa depan rakyat,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau.

Tambah Haim Hilman, sekiranya Pas dan PN anti kaum-kaum lain, adalah mustahil Kedah menjadi antara negeri yang paling pesat dalam menarik pelaburan termasuk dari Jepun, Amerika Syarikat (AS), Eropah dan China.

“Mana mungkin ribuan peluang pekerjaan diwujudkan? Mana mungkin syarikat asing beratur nak masuk?” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut menyeru pengundi Sabah supaya memilih calon Pas dan PN pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN-17) sekiranya mahukan masa depan negeri itu yang lebih stabil, maju dan terbuka.

Malah, beliau turut memberi jaminan sekiranya PN memerintah Sabah, penduduknya tidak mempunyai halangan untuk mengamalkan budaya dan agama masing-masing.

Bahkan, ujarnya, Sabah akan menjadi lebih maju dengan hasil bumi yang banyak, di samping kejujuran pemimpin yang ditawarkan PN.

“Rupanya, mereka takut dengan batu asas yang bertulisan Cina yang bermaksud MELETAKKAN ASAS.

“Mereka pandang bendera Kedah sebagai bendera Negara China. Apa yang membuatkan mereka begitu fobia?” katanya. – MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo