Menurut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), skuad kendalian Javier Jorda Ribera menjalani kem latihan fasa dua di luar negara dari 27 Oktober hingga 10 November. Selepas ini, mereka akan menyertai kem latihan pusat fasa tiga di Akademi Mokhtar Dahari, Gambang, sebelum ke Hanoi, Vietnam untuk kempen kelayakan Piala Asia B-17 2026 dari 20 hingga 30 November.
Pengurus pasukan, Datuk Dollah Salleh, menjelaskan pihaknya masih menunggu laporan penuh daripada barisan kejurulatihan sebelum memberikan komen lanjut mengenai kekalahan besar ini. Beliau yakin pasukan boleh bangkit dan beraksi lebih baik dalam pusingan kelayakan nanti.
Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama Vietnam, Singapura, Hong Kong, Kepulauan Mariana Utara, dan Macau, dengan perlawanan pembukaan menentang Kepulauan Mariana Utara pada 22 November.

No comments
Post a Comment