NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sentimen kaum, agama: “Yang selalu bawa isu ini geng kamu” – Isham bidas Anwar



BANGI, 6 JAMADILAKHIR – Pembangkang tidak membawa sentimen perkauman dan agama, sebaliknya isu ini selalu dibangkitkan pihak yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata aktivis politik, Isham Jalil.

Bekas pemimpin UMNO itu berkata, sekiranya pembangkang memainkan isu berkaitan kaum dan agama, sudah tentu mereka akan dikenakan tindakan kerana menyentuh 3R (kaum, agama dan raja).

“Yang selalu bawa isu ini adalah geng kamu. Pembangkang tak bawa isu ini, jika pembangkang bawa isu ini dah lama kena 3R.

“Sekarang pembangkang bawa isu 1R. Can you give him some pound sterling? Jawablah,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Isham berkata demikian sebagai membidas kenyataan Anwar yang menyatakan negara tidak akan maju sekiranya ahli politik berterusan memainkan isu sentimen perkauman dan agama.

Kata Anwar, tindakan itu kerana ada segelintir ahli politik yang cuba menimbulkan kebencian dalam kalangan masyarakat kerana perbezaan agama dan kaum.

Sementara itu, Isham turut meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa siasatan terhadap bekas Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin tidak dilakukan segera seperti yang dijalankan terhadap pihak pembangkang.

Beliau mendakwa, ramai dalam kalangan ahli politik pembangkang termasuk dirinya telah disiasat banyak kali sebelum ini.

“Mereka masih dalam kerajaan banyak cerita sudah keluar. Tetapi siasatan dan dakwaan amat perlahan atau tiada.

“Sebagai kerajaan, tidak boleh asyik-asyik siasat, dedah, tangkap dan dakwa pembangkang sahaja.

“Bola kena pada pemimpin kerajaan, ia terus dilabel kononnya tohmah dan fitnah,” katanya lagi.


Sumber | TV Pertiwi



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo