NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kedah Teguh Pertahan Hak, Pulau Pinang Pilih Jalan Mahkamah



GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang menegaskan penyelesaian isu berkaitan kedudukan serta hubungan negeri itu dengan Kedah akan diselesaikan melalui mahkamah.

Ketua Menteri (KM), Chow Kon Yeow berkata, sebarang langkah guaman hanya akan dipertimbangkan selepas menerima notis tuntutan rasmi daripada Kerajaan Negeri Kedah.

Katanya, penerimaan notis tersebut adalah penting bagi mengetahui secara tepat perkara yang dituntut sebelum menentukan tindakan lanjut. 

“Adalah menjadi keperluan untuk menerima (notis tuntutan) daripada pihak berkenaan bagi mengetahui perkara apa yang mereka mahu.

“Jika ada notis tuntutan diterima, perkara pertama adalah kita akan berbincang dengan Penasihat Undang-Undang serta pasukannya di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri.

“Sekiranya memerlukan penubuhan pasukan guaman, akan diputuskan kelak atas nasihat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri,” katanya ketika diminta mengulas tindakan Kedah kini dalam peringkat akhir untuk memutuskan tindakan perundangan berhubung isu kedudukan dan hubungan negeri itu dan Pulau Pinang.

Tambah Kon Yeow, pendiriannya tetap sama seperti yang pernah dikeluarkan tiga tahun lalu berhubung isu berkenaan iaitu jumpa di mahkamah.

“Jawapan saya sama saja (iaitu) jumpa di mahkamah,” tegasnya.

Media pada Isnin lalu melaporkan Kerajaan Negeri Kedah kini berada pada fasa akhir untuk memuktamadkan pelantikan pasukan guaman bagi memulakan tindakan perundangan berkaitan kedudukan hubungan dengan Pulau Pinang.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, lantikan peguam itu bagi melaksanakan analisis, penyediaan dokumen serta proses perundangan di mahkamah.

“Insya-Allah, perkembangan selanjutnya akan menyusul dalam tempoh sebulan dua lagi,” katanya.

Untuk rekod, pada 2021, kerajaan Kedah menuntut bayaran royalti pajakan Pulau Pinang sebanyak RM100 juta daripada Kerajaan Persekutuan, selepas pajakan itu tidak pernah dinilai semula sejak 1786. – MalaysiaGazette











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo