NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

๐—ฃ๐—ฅ๐—ก ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต: ๐—Ÿ๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐Ÿฏ๐Ÿญ% ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฑ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ถ ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ท๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ฏ ๐—ฆ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐Ÿญ๐Ÿญ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ดi — ๐—ฆ๐—ฃ๐—ฅ

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa 31.29 peratus pengundi telah keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah setakat 11 pagi hari ini.

Peratusan itu bersamaan dengan 545,391 orang daripada kira-kira 1.7 juta pengundi berdaftar yang layak memilih wakil rakyat di 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Proses pengundian di seluruh negeri dilaporkan berjalan lancar dengan cuaca yang baik, sekali gus membolehkan orang ramai menunaikan tanggungjawab lebih awal.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo