Anak sulung beliau, Datuk Yamani Hafez Musa, 48, bekas Timbalan Menteri Kewangan II, dicalonkan mewakili Pakatan Harapan (PH) di kerusi N37 Sindumin. Yamani bakal berdepan saingan sengit apabila ditentang sembilan calon lain, menjadikan pertandingan di kerusi itu antara yang paling ramai penyertanya pada PRN kali ini.
Adiknya, Hazem Mubarak Musa, 43, pula bertanding di kerusi N48 Sungai Manila sebagai calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Hazem, yang juga Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), berdepan pertandingan enam penjuru, menandakan cabaran besar buat pendatang baharu politik itu.
Tun Musa Aman, yang kini menjawat jawatan Yang Dipertua Negeri Sabah, pernah menjadi Ketua Menteri Sabah ke-14 dan merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga selama enam penggal sejak 1994, menjadikan penyertaan anak-anaknya dalam PRN kali ini sebagai kesinambungan sebuah legasi politik keluarga yang sudah lama bertapak di Sabah.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 November sebagai hari pengundian, manakala undi awal pada 25 November.

No comments
Post a Comment